2024-11-26 HaiPress

Menteri Komunikasi,Fahmi Fadzil mencuba aplikasi penstriman MYTV pada kenderaan Proton X70 bersama Timbalan Presiden Inovasi dan Pembangunan Perniagaan MYTV,Syaffandi Shahrom pada Majlis Pelancaran Aplikasi MYTV Mana-Mana Bagi Proton X Series di Proton DX hari ini/BERNAMA
KUALA LUMPUR,26 November- Hiburan tanpa sempadan,tanpa antena dan tanpa had frekuensi.
MYTV Broadcasting (MYTV) melancarkan inovasi terkini berupa aplikasi penstriman MYTV Mana-Mana ke dalam sistem radio Infotainment-Head-Unit (IHU) Proton X70.
Menurut Menteri Komunikasi,Fahmi Fadzil,pelancaran itu secara tidak langsung mendokong transformasi digital negara sekali gus dapat menyumbang kepada pengukuhan ekosistem pendigitalan serta memperluas akses kepada hiburan.
Tambahnya,ia akan membantu capaian maklumat berkualiti dan mengintegrasikan teknologi dalam kehidupan harian.
Beliau optimis,usaha itu juga dapat menarik lebih ramai pembeli kenderaan tempatan serta menonjolkan Malaysia sebagai peneraju inovasi dalam pasaran automotif antarabangsa.
"Kerjasama MYTV-Proton-ACO Tech adalah model terbaik sinergi antara sektor penyiaran,automotif dan teknologi untuk menghasilkan produk yang memenuhi keperluan semasa rakyat. Kerajaan sentiasa menyokong usaha seperti ini yang selaras dengan agenda memantapkan industri penyiaran negara.
Saya percaya dengan perancangan masa depan yang rapi,termasuk penambahan kandungan premium dan pengenalan MYTV Mana-Mana di platform-platform lain,inisiatif ini akan terus menjadi perintis dalam penyiaran digital yang inklusif dan berinovasi," kata Fahmi kepada pemberita,hari ini.
Pengguna Proton X70 kini boleh mengakses pelbagai kandungan di MYTV Mana-Mana melalui unit radio IHU masing-masing,dengan menggunakan sambungan internet yang telah tersedia di dalam kenderaan.
Integrasi dengan aplikasi penstriman tersebut membolehkan penstriman langsung daripada pelbagai kandungan audio dan visual serta saluran radio dari internet,tanpa perlu menukar frekuensi siaran ketika dalam perjalanan merentas negeri.
Ini sekali gus mengelakkan sebarang gangguan siaran sepanjang perjalanan.
Prasarana bina generasi tenaga mahir pengangkutan awam melalui Program T-GEAR
Isu rumah ibadat perlu ditangani harmoni – KPN
Pendekatan damai mencerminkan kematangan rakyat Malaysia tangani perbezaan
Kos haji kekal: Beri peluang umat Islam tunai haji serta rancang kewangan
ABU DBS 2026 kembali, himpun penggiat industri penyiaran 30 Mac-2 April
PETRA perkukuh kesiapsiagaan banjir menjelang Aidilfitri
©hak cipta2009-2020 Forum Teknologi Malaysia Timur