2024-11-26 HaiPress

Foto BERNAMA
KUALA LUMPUR,26 November- Sebanyak 55 kes cubaan menyeludup dadah ke dalam pusat tahanan menggunakan dron berjaya ditumpaskan setakat ini,kata Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail.
Beliau berkata kes paling serius dikesan berlaku di Penjara Tapah,Perak dan Penjara Alor Setar,Kedah,namun tiada dron yang berjaya bolos.
"Dadah dijatuhkan menggunakan dron,jadi kita mesti ada antidron. Kita ada pasukan penembak untuk musnahkan dron," katanya semasa sesi soal jawab di Dewan Rakyat hari ini.
Beliau menjawab soalan Kamal Ashaari (PN-Kuala Krau) mengenai prosedur operasi standard (SOP) kerajaan dalam menghapuskan dadah yang dirampas daripada operasi dan serbuan serta langkah diambil bagi menangani kes penyeludupan dadah di dalam pusat tahanan.
Secara keseluruhan,Saifuddin Nasution berkata 188 kes penyeludupan dadah dikesan di luar kawasan pusat tahanan manakala 22 kes lagi di dalam kawasan tahanan.
"Maksudnya kerana pengawasan kita ketat,tak sempat barang itu bolos,kita dah sekat di luar pintu kawalan," katanya sambil menambah hampir 70 peratus daripada lebih 87,000 tahanan penjara di negara ini melibatkan kes dadah.
Saifuddin Nasution berkata prosedur di pusat tahanan telah diperketat terutama semasa tahanan dibawa masuk,lawatan ahli keluarga dan pemeriksaan rapi di sel atau bilik tahanan,selain meningkatkan perkongsian maklumat antara polis,penjara dan agensi berkaitan.
Mengenai pelupusan dadah,Saifuddin Nasution berkata pelbagai jenis dadah sintetik dan konvensional bernilai RM228.2 juta telah dilupuskan pada tahun ini hingga Oktober lepas.
Beliau berkata dadah yang dirampas perlu selesai proses siasatan dan perbicaraan sebelum diambil alih oleh Jawatankuasa Pelupusan Barang selepas mendapat arahan daripada mahkamah atau Timbalan Pendakwa Raya.
Menurut Saifuddin Nasution,semua dadah dilupuskan di Bukit Pelanduk,Negeri Sembilan oleh syarikat Kualiti Alam Sdn Bhd kecuali ketum atau air ketum yang dilupuskan di negeri ia dirampas.- BERNAMA
iCAUR Melakukan Kemasukan Strategik ke Asia Tengah: Mengumumkan Pelancaran Global V27 di UAE
Hefei Spring Festival Gala Sub-Venue: Understanding the City's “Union” Through Four Moments of Palms Meeting
Websea Lancar Seni Bina "Double Pool" Insurans Kontrak: Memulakan Era Baharu Pengurusan Risiko Terperinci
J.P. MorganTradeflow:革新您的交易體驗
EP雅瑩攜東方美學深耕東南亞市場,以服飾為橋共迎新春
Websea Naik Taraf Insurans Kontrak: Jaminan Menyeluruh Terhadap Risiko Dagangan
©hak cipta2009-2020 Forum Teknologi Malaysia Timur