2024-11-26 HaiPress

Anwar Ibrahim / Foto BERNAMA
KOREA SELATAN,26 November-Perdana Menteri,Datuk Seri Anwar Ibrahim berharap hubungan Malaysia-Korea Selatan terus diperkukuh menjelang ulang tahun ke-65 hubungan diplomatik kedua-dua negara pada tahun hadapan.
Anwar menekankan kepentingan kerjasama dalam bidang yang lebih substantif termasuk pendigitalan dan kecerdasan buatan (AI).
Tambah beliau,Malaysia kini merupakan rakan dagang ketiga terbesar Korea di ASEAN,dengan jumlah perdagangan tahunan melebihi AS$25 bilion.
"Malaysia adalah sahabat sejati Korea Selatan,dan saya optimis kita dapat memperkukuh kerjasama,bukan hanya melalui MoU (Memorandum Persefahaman),tetapi juga perbincangan mendalam dalam bidang digital dan AI demi manfaat bersama.
"Dalam bidang pencapaian akademik,sudah tentu kita boleh meraih lebih banyak manfaat daripada Korea Selatan," katanya ketika menyampaikan syarahan bertajuk Strategic Partners in a Complex World: Malaysia,Korea,and the Future of Asia di Universiti Kebangsaan Seoul di sini.
Beliau juga memaklumkan bahawa sekitar 420 syarikat Korea Selatan aktif beroperasi di Malaysia,termasuk Samsung,Lotte,dan Hanwha.
Empat langkah tangani krisis air sawah Perak Tengah
KPT sokong inisiatif MAHSA, Micro-Credential jadi pemangkin ‘upskilling’
AS digesa tarik balik tekanan terhadap Malaysia
Peruntukan pertahanan meningkat 35 peratus, tertinggi dalam sejarah
Karnival Masjid Negara 2026 perkasa masjid sebagai pusat komuniti
SK Bukit Pantai terima blok baharu ganti bangunan rosak akibat anai-anai
©hak cipta2009-2020 Forum Teknologi Malaysia Timur