2024-11-26 HaiPress

Anwar Ibrahim / Foto BERNAMA
SEOUL,26 November- Malaysia meminta agar proses pembelian pesawat pejuang FA-50M buatan Korea Selatan disegerakan,yang sebelum ini dijadualkan siap pada 2026.
Perkara itu dimaklumkan Perdana Menteri,Datuk Seri Anwar Ibrahim.
"Kita meminta disegerakan pembelian yang beberapa tahun lepas diputuskan 18 unit pesawat FA-50M,yang sepatutnya sampai 2026. Kalau boleh dipercepatkan," katanya dalam sidang media di sini.
Perdana Menteri bagaimanapun tidak memperincikan proses rundingan untuk mempercepatkan proses pembelian tersebut.
Pada September lepas,Menteri Pertahanan,Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin berkata pengeluar pesawat pejuang berkenaan,Korea Aerospace Industries (KAI) dan syarikat Hanwha Aerospace telah mencapai tahap 38 peratus pembinaan pesawat berkenaan.
Perolehan pesawat berkenaan bernilai RM4 bilion.
Sultan Pahang titah solat hajat di semua masjid, doa jerebu Sarawak pulih
Taska di Sarawak tutup serta-merta jika IPU cecah 200
Sambutan Hari RTM ke-80, Bulan Kebangsaan 2026 di Terengganu meriah
Mansuh AUKU: Mahasiswa mahu kebebasan bersuara seiring tanggungjawab
PM Anwar, isteri hayati seni batik Brunei
Sukan Bendang disertai lebih 2,000 peserta, perkukuh perpaduan
©hak cipta2009-2020 Forum Teknologi Malaysia Timur