2024-11-26 HaiPress

Foto FB PLUS
PETALING JAYA,26 November- Kegiatan badan bukan kerajaan (NGO) menampal jalan rosak kini semakin berkurangan susulan syarikat konsesi bertindak lebih pantas menyelesaikannya dalam tempoh 24 jam.
Timbalan Menteri Kerja Raya,Datuk Seri Ahmad Maslan berkata pihaknya mengutamakan penampalan jalan itu dilakukan lebih baik oleh pakar.
Ini bagi memastikan kualiti kerja lebih baik selain mengurangkan risiko kemalangan jalan raya.
"Harapan kami adalah SOP Untuk menutup dan memperbaiki kerosakan jalan itu serupa macam Jalan Persekutuan dalam masa 24 jam.
Jika itu dapat dilakukan kita dapat mengurangkan 13 peratus kemalangan yang berpunca dari keadaan jalan," kata Datuk Seri Ahmad kepada pemberita pada perasmian Hari Keselamatan PLUS Malaysia Berhad (PLUS),di sini,hari ini.
Mengulas lanjut tentang pelaksanaan sistem pembayaran tol Aliran Pantas Pelbagai Lorong (MLFF),13 syarikat daripada 33 syarikat konsesi lebuh raya itu masih belum bersetuju untuk menggunakan sistem berkenaan.
Ini berikutan keyakinan syarikat konsesi terhadap kemampuan melaksanakan sistem itu tanpa keperluan melibatkan pihak ketiga.
Bagaimanapun,keputusan mengenai penggunaan MLFF itu akan dimuktamadkan pada 16 Disember ini.
Membina Jambatan Dialog Berterusan: Memacu Proses Kemasukan Anmrex dan Merealisasikan Penyelarasan Pematuhan Dua Hala
Building a Normalized Dialogue Bridge: Advancing Anmrex Admission Process and Achieving Two-Way Compliance Alignment
CON-FEST 2026 himpun lebih 300 pengiat industri kreatif global
Jiwa@Komuniti MADANI eratkan hubungan kerajaan dengan masyarakat Endau
Sistem kesihatan awam sedia ada masih relevan, NHI tidak diperlukan
Integrasi rapat klinik kerajaan-swasta tangani beban NCD
©hak cipta2009-2020 Forum Teknologi Malaysia Timur