2024-11-26 HaiPress

Bangunan Bursa Malaysia
KUALA LUMPUR,26 November -Bursa Malaysia mendahului pasaran tawaran awam permulaan (I-P-O) serantau,dengan 45 penyenaraian setakat ini.
Menurut firma pembrokeran Rakuten Trade,ia disokong penilaian menarik serta peranan pengawal selia yang kondusif dan menyokong pasaran modal.
Selain itu,dasar perniagaan yang jelas dan asas yang bertambah baik turut menyumbang kepada prestasi IPO tempatan.
Bursa Malaysia kini di landasan tepat untuk mencapai 50 penyenaraian setelah mencatatkan 33 IPO dalam pasaran ACE,10 pasaran utama dan dua pasaran LEAP.
Menurut Ketua Jualan Ekuiti Rakuten Vincent Lau,pasaran IPO tempatan telah menyaksikan peningkatan penyertaan daripada pelabur institusi dan runcit.
Hai ini mencerminkan minat pelabur yang semakin meningkat dalam pasaran modal.
Tinjauan ekonomi global yang positif,ditambah dengan asas domestik yang kukuh,meletakkan pasaran ekuiti negara untuk pertumbuhan berterusan.
Faktor seperti kadar faedah yang lebih rendah,langkah rangsangan China,dan prestasi pelaburan KWSP yang kukuh,dijangka meningkatkan sentimen pelabur dan memacu momentum selanjutnya dalam pasaran ekuiti.
Berdasarkan draf prospektus tahun 2025,beliau yakin prestasi pasaran IPO tahun hadapan akan terus positif dan melepasi rekod IPO tahun ini.
Empat langkah tangani krisis air sawah Perak Tengah
KPT sokong inisiatif MAHSA, Micro-Credential jadi pemangkin ‘upskilling’
AS digesa tarik balik tekanan terhadap Malaysia
Peruntukan pertahanan meningkat 35 peratus, tertinggi dalam sejarah
Karnival Masjid Negara 2026 perkasa masjid sebagai pusat komuniti
SK Bukit Pantai terima blok baharu ganti bangunan rosak akibat anai-anai
©hak cipta2009-2020 Forum Teknologi Malaysia Timur