2024-11-27 HaiPress

Seorang peniaga direman dua hari bagi membantu siasatan kes kemalangan yang meragut nyawa tiga beranak di Kilometer 53,Jalan Kuala Terengganu–Kota Bahru,Setiu,Isnin lalu / Foto RTM
BESUT,27 November – Seorang peniaga direman dua hari bagi membantu siasatan kes kemalangan yang meragut nyawa tiga beranak di Kilometer 53,Jalan Kuala Terengganu – Kota Bahru,Isnin lalu.
Perintah reman yang berakhir esok itu dikeluarkan Majistret Mahkamah Majistret Besut,Nurliyana Md Zukri bagi membolehkan siasatan dijalankan mengikut Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987.
Dalam kejadian awal pagi Isnin,tiga beranak dilaporkan maut selepas kereta yang dinaiki mereka dirempuh sebuah kenderaan pacuan empat roda ketika dalam perjalanan pulang dari majlis konvokesyen.
Kemalangan tersebut menyebabkan Kamarudin Ibrahim,isterinya Maimunah Mat Isa dan anak kedua mereka,Nur Ardiena Kamarudin,meninggal dunia akibat kecederaan parah di kepala dan anggota badan.
Seorang lagi mangsa yang juga graduan Universiti Tun Abdul Razak (Unitar) dilaporkan cedera parah pada bahagian kaki dan tangan.
Sultan Pahang titah solat hajat di semua masjid, doa jerebu Sarawak pulih
Taska di Sarawak tutup serta-merta jika IPU cecah 200
Sambutan Hari RTM ke-80, Bulan Kebangsaan 2026 di Terengganu meriah
Mansuh AUKU: Mahasiswa mahu kebebasan bersuara seiring tanggungjawab
PM Anwar, isteri hayati seni batik Brunei
Sukan Bendang disertai lebih 2,000 peserta, perkukuh perpaduan
©hak cipta2009-2020 Forum Teknologi Malaysia Timur