2024-11-27 HaiPress

Dr. Zulkifli Hasan / Foto RTM
KUALA LUMPUR,27 November – Kerajaan komited memulihkan akidah pemimpin dan pengikut Global Ikhwan Services and Business Holdings (GISBH) yang terpesong daripada ajaran Ahli Sunnah Wal Jamaah.
Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama),Dr. Zulkifli Hasan berkata anak-anak di rumah perlindungan telah menerima pendidikan formal dan didikan berdasarkan ajaran Islam yang sebenar.
“Majlis Agama Islam,Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM),dan jabatan agama negeri menawarkan bantuan kewangan,termasuk elaun harian,serta latihan kemahiran kepada peserta program pemulihan untuk memastikan kelangsungan hidup mereka,” katanya ketika menjawab soalan tambahan Ahli Parlimen Shah Alam,Azli Yusof,di Dewan Rakyat,di sini.
Tambah beliau,sejak 7 November lalu,program rehabilitasi selama 90 hari secara sukarela telah dimulakan.
Program itu merupakan usaha JAKIM bersama Majlis Keselamatan Negara (MKN) dan agensi lain dengan modul pemulihan yang komprehensif merangkumi akidah,syariah,pendidikan,kaunseling,kesihatan,kenegaraan,dan kemahiran.
Dalam usaha pemulihan menyeluruh,JAKIM katanya turut bekerjasama dengan Jabatan Penjara Malaysia dan PDRM untuk melaksanakan program pemulihan akidah kepada pengikut GISBH yang sedang ditahan.
Empat langkah tangani krisis air sawah Perak Tengah
KPT sokong inisiatif MAHSA, Micro-Credential jadi pemangkin ‘upskilling’
AS digesa tarik balik tekanan terhadap Malaysia
Peruntukan pertahanan meningkat 35 peratus, tertinggi dalam sejarah
Karnival Masjid Negara 2026 perkasa masjid sebagai pusat komuniti
SK Bukit Pantai terima blok baharu ganti bangunan rosak akibat anai-anai
©hak cipta2009-2020 Forum Teknologi Malaysia Timur