2024-11-27 HaiPress

Menteri Pembangunan Wanita,Keluarga dan Masyarakat,Nancy Shukri
KUALA LUMPUR,27 November – Rang Undang-Undang (RUU) Profesion Kerja Sosial memerlukan penelitian mendalam sebelum dimuktamadkan dan dibentangkan di Dewan Rakyat.
Menteri Pembangunan Wanita,Nancy Shukri berkata,ini termasuk memastikan kesediaan dasar bagi pelaksanaannya kelak.
"Cabaran utamanya adalah memastikan kelestarian majlis atau badan yang akan kawal selia bidang ini kerana kerja sosial berbeza dengan profesion lain yang mampu menjana pendapatan tinggi.
"Keduanya,kesinambungan penyampaian perkhidmatan kerja sosial di sektor awam dan swasta. Ketiga,pematuhan kepada dasar kerajaan sedia ada," katanya ketika menjawab soalan Ahli Parlimen Subang,Wong Chen,berkenaan perkembangan pembentangan RUU tersebut.
Kementerian sebelum ini bercadang untuk membentangkan RUU itu pada akhir tahun ini,namun pelaksanaan memerlukan perincian lanjut bagi memastikan keberkesanannya selepas diluluskan.
Sultan Pahang titah solat hajat di semua masjid, doa jerebu Sarawak pulih
Taska di Sarawak tutup serta-merta jika IPU cecah 200
Sambutan Hari RTM ke-80, Bulan Kebangsaan 2026 di Terengganu meriah
Mansuh AUKU: Mahasiswa mahu kebebasan bersuara seiring tanggungjawab
PM Anwar, isteri hayati seni batik Brunei
Sukan Bendang disertai lebih 2,000 peserta, perkukuh perpaduan
©hak cipta2009-2020 Forum Teknologi Malaysia Timur