2024-11-27 HaiPress

Foto RTM
PASIR PUTEH,27 November - Seorang lelaki maut akibat terkena renjatan elektrik di rumahnya di Kampung Banir Belikong,Pasir Puteh awal pagi tadi.
Komander Operasi dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Pasir Puteh,Pegawai Bomba Kanan 2,Mohd Rukiman Ab Rahman berkata,pihaknya menerima panggilan kecemasan pada pukul 4.55 pagi.
Empat anggota bomba ke lokasi kejadian dan menurut laporan awal,mangsa berusia lingkungan 30-an terkena renjatan elektrik sebelum terjatuh ke dalam sungai di depan rumahnya lalu dibawa arus deras.
Mayat dijumpai oleh orang awam sejam kemudian dalam keadaan tersangkut di pokok bunga,beberapa meter dari lokasi kejadian.
Mayat kemudian dibawa ke Hospital Tengku Anis,Pasir Puteh.
Sultan Pahang titah solat hajat di semua masjid, doa jerebu Sarawak pulih
Taska di Sarawak tutup serta-merta jika IPU cecah 200
Sambutan Hari RTM ke-80, Bulan Kebangsaan 2026 di Terengganu meriah
Mansuh AUKU: Mahasiswa mahu kebebasan bersuara seiring tanggungjawab
PM Anwar, isteri hayati seni batik Brunei
Sukan Bendang disertai lebih 2,000 peserta, perkukuh perpaduan
©hak cipta2009-2020 Forum Teknologi Malaysia Timur