2024-11-27 HaiPress

Amaran hujan dikeluarkan oleh MetMalaysia setakat 1.00 petang tadi
KUALA LUMPUR,27 November – Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) mengeluarkan amaran hujan sangat lebat tahap bahaya di Kelantan,Terengganu dan Pahang hingga Jumaat ini.
MetMalaysia menerusi kenyataan setakat 1.00 tengah hari hari ini,hujan tahap bahaya diramalkan di Pahang melibatkan kawasan Jerantut dan Kuantan.
Sementara itu,hujan lebat tahap buruk dijangka berlaku di Perlis,Kedah Perak dan Pahang.
Di PERLIS - KEDAH, meliputi kawasan Kubang Pasu,Kota Setar,Pokok Sena,Padang Terap,Pendang,Sik dan Baling.
Di PERAK, melibatkan kawasan Hulu Perak.
Di PAHANG,di jangka berlaku di Tanah Tinggi Cameron,Lipis,Maran,Pekan dan Rompin.
Dalam pada itu,amaran hujan berterusan tahap waspada diramalkan berlaku di Kedah,Pulau Pinang,Perak,Pahang,Johor dan Sabah.
Di KEDAH,melibatkan kawasan Langkawi,Yan,Kuala Muda,Kulim dan Bandar Baharu.
Di PERAK, meliputi Kerian,Larut,Matang dan Selama,Kuala Kangsar,Kinta dan Kampar.
Di PAHANG, meliputi kawasan Raub,Bentong,Temerloh dan Bera.
Di SABAH pula melibatkan Telupid,Beluran,dan Sandakan serta Kudat.
Orang ramai boleh mendapatkan maklumat cuaca terkini dilaman web rasmi jabatan,aplikasi mobilmyCuaca dan laman media sosial rasmi jabatan atau menghubungiMetMalaysia di talian 1-300-22-1638 bagi sebarang pertanyaan lanjut.
Sultan Pahang titah solat hajat di semua masjid, doa jerebu Sarawak pulih
Taska di Sarawak tutup serta-merta jika IPU cecah 200
Sambutan Hari RTM ke-80, Bulan Kebangsaan 2026 di Terengganu meriah
Mansuh AUKU: Mahasiswa mahu kebebasan bersuara seiring tanggungjawab
PM Anwar, isteri hayati seni batik Brunei
Sukan Bendang disertai lebih 2,000 peserta, perkukuh perpaduan
©hak cipta2009-2020 Forum Teknologi Malaysia Timur