2024-11-27 HaiPress

Foto RTM
KUALA TERENGGANU,27 November - Sebanyak lapan sekolah di tiga daerah di Terengganu dikenal pasti berisiko banjir semasa peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia,SPM diadakan.
Empat daripadanya di Kemaman membabitkan Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Chukai,SMK Ayer Puteh,SMK Mak Lagam dan SMK Bukit Mentok.
Tiga di Hulu Terengganu membabitkan SMK Tengku Ampuan Intan,Sekolah Menengah Imtiaz Yayasan Terengganu (SMIYT) Kuala Berang dan Sekolah Menengah Agama Mahmudiah.
Di Kuala Nerus,pusat peperiksaan SPM yang berisiko ialah di SMK Padang Kemunting.
Menurut Pengarah Jabatan Pendidikan Negeri Terengganu,JPNT Jelani Sulong terdapat lebih 18,900 calon di negeri itu akan menduduki SPM bermula 2 Disember depan.
Sekiranya berlaku banjir luar jangka,dua buah sekolah gantian disediakan di setiap daerah sebagai alternatif.
"Kita telah menyediakan pelan untuk pemindahan calon ke sekolah berdekatan sekiranya berlaku banjir.
“Langkah berjaga-jaga juga diambil sekiranya bangunan sekolah atau laluan ke sekolah dinaiki air ketika peperiksaan," katanya.
Secara keseluruhan 166 pusat peperiksaan disediakan di seluruh negeri tahun ini.
Sultan Pahang titah solat hajat di semua masjid, doa jerebu Sarawak pulih
Taska di Sarawak tutup serta-merta jika IPU cecah 200
Sambutan Hari RTM ke-80, Bulan Kebangsaan 2026 di Terengganu meriah
Mansuh AUKU: Mahasiswa mahu kebebasan bersuara seiring tanggungjawab
PM Anwar, isteri hayati seni batik Brunei
Sukan Bendang disertai lebih 2,000 peserta, perkukuh perpaduan
©hak cipta2009-2020 Forum Teknologi Malaysia Timur