2024-11-27 HaiPress

Foto FB Jalaluddin Alias
SEREMBAN,27 November- Hampir sejuta benih ikan dan udang telah dilepaskan oleh Jabatan Perikanan Negeri Sembilan (JPNS) sebagai salah satu langkah mengatasi masalah kehadiran ikan asing di perairan umum.
Menurut Exco Pertanian,Keterjaminan Makanan dan Kos Sara Hidup Negeri Sembilan,Datuk Seri Jalaluddin Alias,pelepasan benih ikan asli ke perairan umum yang melibatkan kos sebanyak RM163,900 itu bertujuan menambah stok ikan asli di perairan umum,terutamanya di sungai-sungai.
"Jabatan Perikanan Negeri Sembilan memandang serius ancaman ikan asing yang mengganggu spesies di perairan umum,termasuk di sungai,tasik,lombong,dan empangan di negeri ini.
"Pencerobohan ikan asing ke perairan umum memberi impak negatif terhadap spesies ikan asli," katanya pada Persidangan Ketiga (Belanjawan) Penggal Kedua,Dewan Undangan Negeri (DUN) Negeri Sembilan Ke-15,di sini.
Nelayan darat turut diminta untuk memaklumkan kepada JPNS sekiranya terdapat aktiviti mencurigakan oleh pihak tidak bertanggungjawab yang boleh mengancam populasi ikan asli di perairan sungai negeri itu.
Sultan Pahang titah solat hajat di semua masjid, doa jerebu Sarawak pulih
Taska di Sarawak tutup serta-merta jika IPU cecah 200
Sambutan Hari RTM ke-80, Bulan Kebangsaan 2026 di Terengganu meriah
Mansuh AUKU: Mahasiswa mahu kebebasan bersuara seiring tanggungjawab
PM Anwar, isteri hayati seni batik Brunei
Sukan Bendang disertai lebih 2,000 peserta, perkukuh perpaduan
©hak cipta2009-2020 Forum Teknologi Malaysia Timur