2024-11-27 HaiPress

Pensyarah Kanan Ekonomi Universiti Teknologi Mara (UiTM),Dr. Bashir Ahmad Shabir Ahmad
KUALA LUMPUR,26 November- Keputusan Perbendaharaan Amerika Syarikat (AS) menggugurkan Malaysia daripada senarai pemantauan rakan dagang,dilihat sebagai perkembangan positif.
Pensyarah Kanan Ekonomi Universiti Teknologi Mara (UiTM),Dr. Bashir Ahmad Shabir Ahmad berpendapat,langkah itu memberi ruang kepada negara untuk berdagang secara lebih bebas serta mengukuhkan kedudukan ekonomi di peringkat antarabangsa.
"Dalam perdagangan,kebebasan ini sangat penting. Apabila dapat dikeluarkan itu,kebebasan dapat dicapat dan membolehkan mereka berdagang dengan mana-mana negara tanpa perlu ada rasa takut dan sebagainya.
Keputusan ini membantu untuk negara luar pun melihat kita," kata Dr. Bashir kepada pemberita selepas menjadi tetamu dalam program Biz Malaysia,hari ini.
Tambahnya,antara faktor yang menyumbang kepada keputusan tersebut termasuk pengukuhan mata wang negara dan akaun semasa yang lebih baik.
Ini secara tidak langsung memberikan isyarat positif kepada pelabur bahawa Malaysia adalah destinasi pelaburan yang menarik.
Empat langkah tangani krisis air sawah Perak Tengah
KPT sokong inisiatif MAHSA, Micro-Credential jadi pemangkin ‘upskilling’
AS digesa tarik balik tekanan terhadap Malaysia
Peruntukan pertahanan meningkat 35 peratus, tertinggi dalam sejarah
Karnival Masjid Negara 2026 perkasa masjid sebagai pusat komuniti
SK Bukit Pantai terima blok baharu ganti bangunan rosak akibat anai-anai
©hak cipta2009-2020 Forum Teknologi Malaysia Timur