2024-11-27 HaiPress

Foto Forest City CGPV
ISKANDAR PUTERI,27 November - Pengecualian duti setem 50 hingga seratus peratus,atas transaksi berkaitan,adalah antara insentif yang ditawarkan di Zon Kewangan Khas (SFZ) Forest City,Iskandar Puteri.
Menteri Besar Johor,Datuk Onn Hafiz Ghazi berkata,ia adalah salah satu daripada sembilan insentif yang ditawarkan di Pulau Satu Forest City.
Insentif lain temasuk kadar cukai lima peratus sehingga 20 tahun bagi perkhidmatan perniagaan kewangan global.
Selain kadar cukai pendapatan individu khas 15 peratus,untuk pekerja berpengetahuan,dan rakyat Malaysia.
"Kelima,pengecualian duti setem sebanyak 50% hingga 100% ke atas transaksi yang berkenaan.
"Keenam,kadar Cukai Keuntungan Harta Tanah (RPGT) sebanyak 0% selepas 5 tahun,Ketujuh,Potongan khas perbelanjaan penempatan semula sehingga RM500,000,Kelapan,Tax depreciation ke atas bangunan ("IBA") sebanyak 10% setahun,"katanya semasa Persidangan Ketiga Dewan Negeri Johor ke 15 di Kota Iskandar.
Sebanyak dua insentif ditawarkan bagi kawasan darat,iaitu elaun cukai pelaburan seratus peratus selama lima tahun,untuk menolak seratus peratus pendapatan berkanun,bagi sektor perkhidmatan logistik.
Serta kadar cukai lima peratus sehingga 20 tahun bagi pusat perkhidmatan global dan perkhidmatan pemindahan.
Menurut Datuk Onn Hafiz,beberapa institusi kewangan tempatan dan antarabangsa serta pemain industri logistik telah menunjukkan minat untuk melabur di SFZ Forest City.
Antaranya Malayan Banking Bhd (Maybank),Public Bank Bhd,United Overseas Bank (UOB),Credit Lyonnais Securities Asia (CLSA) dan Tiong Nam Logistics Holdings Bhd.
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim mengumumkan pembentukan SFZ di Forest City serta beberapa insentif lain pada 25 Ogos 2023 untuk merancakkan aktiviti ekonomi di Johor dan kawasan sekitarnya.
iCAUR Melakukan Kemasukan Strategik ke Asia Tengah: Mengumumkan Pelancaran Global V27 di UAE
Hefei Spring Festival Gala Sub-Venue: Understanding the City's “Union” Through Four Moments of Palms Meeting
Websea Lancar Seni Bina "Double Pool" Insurans Kontrak: Memulakan Era Baharu Pengurusan Risiko Terperinci
J.P. MorganTradeflow:革新您的交易體驗
EP雅瑩攜東方美學深耕東南亞市場,以服飾為橋共迎新春
Websea Naik Taraf Insurans Kontrak: Jaminan Menyeluruh Terhadap Risiko Dagangan
©hak cipta2009-2020 Forum Teknologi Malaysia Timur