2024-11-27 HaiPress

Foto Fail
KUALA LUMPUR,26 November- Saiz ekonomi digital Malaysia dijangka mencecah AS$31 bilion dolar Amerika dalam Nilai Barangan Kasar (GMV) tahun ini,meningkat 16 peratus berbanding 2023.
Menurut laporan e-Konomi Asia Tenggara (SEA) 2024 oleh Google,Temasek dan Bain & Company,ekonomi digital semakin berkembang dan mengekalkan pertumbuhan dua angka.
Pengarah Google Malaysia,Farhan Qureshi berkata pertumbuhan yang memberangsangkan itu dipacu oleh platform e-dagang,sistem pembelian dalam talian dan kewangan digital.
Tumpuan kepada bidang kecerdasan buatan (AI) dan semikonduktor juga turut mendorong kepada pembangunan ekonomi digital.
"Perkara lain yang menarik ialah tentang bagaimana AI berfungsi dengan baik. Pengguna di Malaysia menduduki tangga 10 negara teratas di dunia daripada segi minat terhadap AI seiring dengan pelaburan lain yang telah diumum sebanyak AS$15 bilion dolar Amerika daripada pelbagai industri.
Google juga telah mengumumkan pelaburan sekitar AS$2 bilion dolar Amerika," kata Farhan kepada pemberita selepas menyampaikan Laporan e-ConomySEA 2024,di Kuala Lumpur.
Laporan menyebut,sektor E-dagang kekal sebagai penyumbang terbesar kepada ekonomi digital,berkembang 17 peratus kepada AS$16 bilion dolar Amerika.
Pembelian dalam talian menunjukkan perkembangan paling pesat berbanding sektor-sektor lain,iaitu 19 peratus tahun ke tahun,untuk mencapai AS$8 bilion dolar.
Kewangan digital mengekalkan trajektori pertumbuhan dan dijangka mencapai AS$172 bilion dolar tahun ini,meningkat 5 peratus berbanding 2023.
USTEU will showcase its full scenario charging solution at ENERtec ASIA 2026 in Malaysia
GSF 2.0: Malaysia-Turkiye bekerjasama bawa pulang 29 rakyat Malaysia
Perhebat usaha diplomatik, bebas 29 rakyat Malaysia ditahan Israel
535 warga kerja sektor penyiaran dan komunikasi terima APC
RUU warga emas dibentang pada sesi parlimen akan datang
Wanita maut, anak parah dirempuh lori
©hak cipta2009-2020 Forum Teknologi Malaysia Timur