2024-11-28 HaiPress

Foto RTM
HULU TERENGGANU,28 November - Sebanyak 32 laluan membabitkan jalan persekutuan dan jalan negeri di enam daerah di Terengganu ditutup kepada semua kenderaan akibat banjir.
Jabatan Kerja Raya (JKR) negeri menerusi satu kenyataan memaklumkan,penutupan itu melibatkan 12 laluan di Hulu Terengganu,enam di Setiu,lima di Kemaman dan Dungun serta empat di Besut.
Antara jalan yang ditutup di Hulu Terengganu ialah Jalan Bukit Perah-Kampung Jak,Kuala Kejir,Jalan Simpan Gaung-Sungai Tong,Jalan Utama Bukit Diman-Tersat,Jalan Aring 8-Kenyir,Kuala Jeneris,Jalan Batu 24-Pengkalan Ajal.
Turut dilaporkan cerun runtuh di Kilometer 87-89 Jalan Kenyir-Aring disebabkan jalan mendap.
Di Kemaman pula antara yang ditutup Jalan Air Putih-Chukai,Teladas Air Putih,Lubok Baung dan Paman Ibok.
Laluan utama di Setiu pula antaranya Jalan Chalok Bukit Putera-Telaga Papan,Jalan Bukit Alur serta Jalan Permaisuri Hulu Seladang.
Sultan Pahang titah solat hajat di semua masjid, doa jerebu Sarawak pulih
Taska di Sarawak tutup serta-merta jika IPU cecah 200
Sambutan Hari RTM ke-80, Bulan Kebangsaan 2026 di Terengganu meriah
Mansuh AUKU: Mahasiswa mahu kebebasan bersuara seiring tanggungjawab
PM Anwar, isteri hayati seni batik Brunei
Sukan Bendang disertai lebih 2,000 peserta, perkukuh perpaduan
©hak cipta2009-2020 Forum Teknologi Malaysia Timur