2024-11-28 HaiPress

Anggota APM Pasir Puteh mengeluarkan penduduk yang terperangkap di Kg Bukit Abal/Foto APM
KOTA BHARU,28 November – Gua Musang menjadi daerah terbaharu di Kelantan yang terjejas banjir,dengan satu Pusat Pemindahan Sementara (PPS) diaktifkan di Sekolah Kebangsaan Limau Kasturi 1 bagi menempatkan 11 penduduk daripada empat keluarga setakat 12.00 tengah hari tadi.
Menurut Info Bencana Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM),jumlah keseluruhan penduduk terjejas banjir di negeri ini terus meningkat,dengan 33,385 penduduk daripada 10,062 keluarga kini berlindung di 171 PPS.
Pasir Mas kekal sebagai daerah paling teruk terjejas dengan 12,461 penduduk daripada 3,985 keluarga dipindahkan untuk berlindung di PPS.
Antara daerah lain yang turut terjejas ialah Kuala Krai dengan 3,591 orang (1,030 keluarga); Tumpat seramai 3,382 orang (951 keluarga); Tanah Merah seramai 3,324 orang (1,006 keluarga) di 23 PPS.
Sementara itu,lain-lain daerah yang terjejas dengan banjir mendadak naik adalah Kota Bharu seramai 3,121 orang,Pasir Puteh melibatkan 2,975 orang,Bachok 1,785 orang,di Machang dengan 1,863 orang dan Jeli seramai 872 orang.
Dalam pada itu,Sungai Golok di Rantau Panjang mencatatkan paras air tertinggi setakat 11.00 pagi tadi iaitu 11.58 meter.
Paras air Sungai Golok itu terus meningkat berbanding malam tadi (10.9 meter),melebihi paras bahaya.
Menurut portal e-Bencana Kelantan,Sungai Golok adalah salah satu daripada tujuh sungai utama yang melepasi paras bahaya.
Enam sungai lain termasuk Sungai Semerak (Pasir Puteh),Sungai Galas (Kuala Krai),Sungai Kelantan (Jambatan Guillemard dan Tangga Krai),serta Sungai Lebir (Tualang).
Penduduk di kawasan berisiko dinasihatkan sentiasa berjaga-jaga dan mematuhi arahan pihak berkuasa untuk pemindahan segera jika diperlukan.
iCAUR Melakukan Kemasukan Strategik ke Asia Tengah: Mengumumkan Pelancaran Global V27 di UAE
Hefei Spring Festival Gala Sub-Venue: Understanding the City's “Union” Through Four Moments of Palms Meeting
Websea Lancar Seni Bina "Double Pool" Insurans Kontrak: Memulakan Era Baharu Pengurusan Risiko Terperinci
J.P. MorganTradeflow:革新您的交易體驗
EP雅瑩攜東方美學深耕東南亞市場,以服飾為橋共迎新春
Websea Naik Taraf Insurans Kontrak: Jaminan Menyeluruh Terhadap Risiko Dagangan
©hak cipta2009-2020 Forum Teknologi Malaysia Timur