2024-11-28 HaiPress

Foto RTM
ARAU,28 November - Penduduk terjejas banjir di Perlis terus meningkat kepada 308 orang daripada 90 keluarga,setakat 1.00 tengah hari tadi.
Menurut Pengarah Angkatan Pertahanan Awam (APM) Negeri,Leftenan Kolonel (PA) Mohd Izaimi Mohd Daud,kesemua penduduk terjejas ditempatkan di tiga buah Pusat Pemindahan Sementara (PPS) iaitu di Sekolah Kebangsaan Titi Tinggi,Sekolah Kebangsaan Guar Nangka dan Sekolah Kebangsaan Arau.
PPS SK Titi Tinggi mencatatkan jumlah penduduk terjejas paling ramai iaitu 131 orang daripada 36 keluarga dari Kampung Titi Tinggi Hilir dan Kampung Guar Tinggi.
Manakala PPS SK Guar Nangka menempatkan seramai 73 penduduk daripada 22 keluarga dari Kampung Rambai,Kampung Banggol Sena,Kampung Gial,Kampung Bukit dan Kampung Kuala Tunggang.
Sebuah lagi,PPS SK Arau dengan 104 orang penduduk daripada 32 keluarga dari Kampung Padang Telela.
"Kami telah membuka Pusat Kawalan Operasi Bencana (PKOB) dan kita mengharapkan supaya penduduk-penduduk yang terkesan dengan banjir ini segera berpindah," katanya selepas meninjau Pusat Pemindahan Sementara (PPS) Sekolah Kebangsaan Guar Nangka.
Dalam pada itu,sebanyak 5 buah sekolah sekitar Arau ditutup berikutan ditenggelami banjir,iaitu Sekolah Menengah Kebangsaan Datuk Sheikh Ahmad,Sekolah Menengah Kebangsaan Syed Hussein,Sekolah Kebangsaan Arau,Sekolah Kebangsaan Tengku Budriah dan SJKC Hwa Aik.
Membina Jambatan Dialog Berterusan: Memacu Proses Kemasukan Anmrex dan Merealisasikan Penyelarasan Pematuhan Dua Hala
Building a Normalized Dialogue Bridge: Advancing Anmrex Admission Process and Achieving Two-Way Compliance Alignment
CON-FEST 2026 himpun lebih 300 pengiat industri kreatif global
Jiwa@Komuniti MADANI eratkan hubungan kerajaan dengan masyarakat Endau
Sistem kesihatan awam sedia ada masih relevan, NHI tidak diperlukan
Integrasi rapat klinik kerajaan-swasta tangani beban NCD
©hak cipta2009-2020 Forum Teknologi Malaysia Timur