2024-11-28 HaiPress

Foto BERNAMA
KUALA LUMPUR,28 November - Pembangunan sistem kumpulan berkaitan diagnosis (DRG) kebangsaan sedang dikaji dalam perawatan hospital seluruh negara.
Timbalan Menteri Kesihatan,Datuk Lukanisman Awang Sauni berkata,ia sebagai usaha menangani kenaikan kos perubatan.
"Kita sedang giat memikirkan kaedah untuk melancarkan DRG ini di peringkat nasional bagi membolehkan hospital universiti,hospital tentera dan swasta turut mengadaptasi penggunaan DRG ini dalam menentukan kos supaya tidak berlebihan.
"Ini juga membolehkan golongan M40 dan B40 mendapatkan rawatan jelas di sektor swasta dan bukan datang dengan perasaan gusar akan kena harga berlebihan," katanya di Dewan Rakyat hari ini.
Beliau menjawab soalan tambahan Ahli Parlimen,Kuala Langat Datuk Dr Ahmad Yunus Hairi mengenai penyelesaian isu kenaikan caj premium insurans kesihatan yang tidak munasabah terhadap pengguna.
Sultan Pahang titah solat hajat di semua masjid, doa jerebu Sarawak pulih
Taska di Sarawak tutup serta-merta jika IPU cecah 200
Sambutan Hari RTM ke-80, Bulan Kebangsaan 2026 di Terengganu meriah
Mansuh AUKU: Mahasiswa mahu kebebasan bersuara seiring tanggungjawab
PM Anwar, isteri hayati seni batik Brunei
Sukan Bendang disertai lebih 2,000 peserta, perkukuh perpaduan
©hak cipta2009-2020 Forum Teknologi Malaysia Timur