2024-11-28 HaiPress

Alexander Nanta Linggi menjawab soalan Ahli Parlimen Tanjong Manis,Yusuf Abd Wahab,mengenai status dan peruntukan kerajaan bagi Lebuhraya Pan Borneo di Dewan Rakyat
KUALA LUMPUR,28 November – Sebanyak enam seksyen jalan yang diklasifikasikan sebagai Red Line di jajaran Lebuhraya Pan Borneo sepanjang 136.74 kilometer telah diluluskan untuk dinaik taraf.
Menteri Kerja Raya,Datuk Seri Alexander Nanta Linggi,berkata kelulusan dengan kos keseluruhan RM120 juta di bawah Rancangan Malaysia Kedua Belas (RMKe-12) diberikan berdasarkan penilaian terhadap keperluan mendesak di kawasan terlibat.
"Dari sembilan seksyen yang dimohon hanya enam seksyen telah diluluskan iaitu Seksyen Lachau (Bukit Begunan),Seksyen Kemena (Bintulu Dan Bakun),Seksyen Sebiew (Niah),Seksyen Tudan (Beluru),Seksyen Selangau Dan Seksyen Balingian pada Rolling Plan (rancangan boleh pinda) 5.
"Kelulusan bagi seksyen ini diberikan berdasarkan keperluan mendesak yang telah dinilai,manakala seksyen lain akan dipohon dalam rolling plan yang seterusnya." katanya.
Beliau berkata demikian semasa menjawab soalan Ahli Parlimen Tanjong Manis,mengenai status dan peruntukan kerajaan bagi Lebuhraya Pan Borneo di Dewan Rakyat hari ini.
Beliauberharap penyiapan projek ini akan memulihkan serta mengukuhkan laluan berkembar empat lorong dua hala sedia ada,mengikut standard JKR R5,supaya dapat dipadankan dengan Lebuh Raya Pan Borneo Sarawak yang telah siap.
Katanya,pelaksanaan projek menaik taraf laluan berkembar turut dirancang untuk menyediakan "Sambungan Cekap" (Efficient Connection) bagi memastikan pergerakan penduduk setempat dan pengangkutan barangan dapat dilakukan dengan cepat serta selamat.
"Inisiatif ini diharapkan dapat memberikan kemudahan kepada masyarakat setempat selain menyumbang kepada pertumbuhan ekonomi negara," katanya.
Lebuhraya Pan Borneo berfungsi sebagai penghubung utama bagi negeri-negeri Sabah dan Sarawak,dengan Brunei dan kawasan Kalimantan di Indonesia.
Laluan tersebut dijangka mempunyai jarak keseluruhan 5,324 kilometer,meliputi 2,083 kilometer di Malaysia,168 kilometer di Brunei,dan 3,073 kilometer di Indonesia.
Projek ini dirancang bagi meningkatkan sistem jalan raya di Borneo,menyediakan laluan tanpa tol yang lebih selesa,selamat,dan cekap.
SOUEAST returns to Dubai Fashion Week as official automotive partner, redefining aesthetics of mobility
Pengaruh Thailand dengan berjuta-juta pengikut berpusu-pusu ke Gunung Emei untuk perkhidmatan kebudayaan dan pelancongan bertaraf antarabangsa, menjadikannya tarikan utama
Daripada Bon Perbendaharaan AS kepada Komoditi Fizikal: BullNus Cuba Membina Kitaran Tertutup Perniagaan RWA Berpacukan "Dunia Fizikal"
Pelindung dalam Pasaran Volatil: Kepentingan 'Copy Trading' Terjamin Modal Websea
RF RACER Brand Leverages Motorsport Heritage for Engineering Excellence
Paradigma Baharu untuk Laluan Pengundian: Daripada Pengagregatan Maklumat kepada Pengaset Konsensus, Penentuan Kedudukan dan Pelaksanaan Praktikal OracleX.
©hak cipta2009-2020 Forum Teknologi Malaysia Timur