2024-11-28 HaiPress

Foto RTM
KUALA TERENGGANU,28 November - Banjir gelombang kedua di Terengganu mengakibatkan 18 buah sekolah di empat daerah iaitu di Kemaman,Hulu Terengganu,Setiu dan Dungun ditutup hari ini.
Pengarah Pendidikan Negeri,Jelani Sulong berkata sekolah terbabit ditutup sehingga dimaklumkan.
Di Kemaman,penutupan membabitkan empat buah sekolah rendah iaitu SK Padang Kubu,SK Pasir Gajah,SK Seberang Tayor dan SK RKT Seberang Tayor serta sebuah sekolah menengah,SMK Ayer Puteh
Manakala di Hulu Terengganu,enam sekolah rendah yang ditutup ialah SK Lubuk Periok,SK Padang Setar,SK Tengkawang,SK Padang Setebu,SK Tengku Ampuan Intan dan SK Kuala Ping.
Dua sekolah rendah dan satu sekolah rendah yang ditutup di Setiu adalah SK Sungai Las,SK Kampung Bukit Ulu Nerus dan SMK Sungai Tong.
Turut ditutup ialah SK Pasir Raja,Sk Jongok Batu,SK Minda Talong dan SMK Kuala Jengal di Dungun.
Sementara itu,Jelani berkata masing-masing lima buah sekolah rendah dan sebuah sekolah menengah yang dijadikan pusat pemindahan sementara (PPS) ditutup.
Sekolah rendah terlibat ialah SK Kemasik dan SK Telok Kalong di Kemaman,SK Keluang di Besut,SMK Langkap di Setiu,SK Tok Kah di Dungun serta SK Pengkalan Berangan di Marang.
35 daripada 41 buah sekolah yang dijadikan PPS bagaimanapun masih dibuka.
Empat langkah tangani krisis air sawah Perak Tengah
KPT sokong inisiatif MAHSA, Micro-Credential jadi pemangkin ‘upskilling’
AS digesa tarik balik tekanan terhadap Malaysia
Peruntukan pertahanan meningkat 35 peratus, tertinggi dalam sejarah
Karnival Masjid Negara 2026 perkasa masjid sebagai pusat komuniti
SK Bukit Pantai terima blok baharu ganti bangunan rosak akibat anai-anai
©hak cipta2009-2020 Forum Teknologi Malaysia Timur