2024-11-28 HaiPress

ATM,agensi keselamatan bantu kawasan terputus hubungan di Kuala Jengai,Dungun
DUNGUN,28 November- Anggota tentera bersama agensi keselamatan membantu menyalurkan bantuan ke kawasan yang terputus hubungan di sekitar Kampung Kuala Jengai,Dungun.
Pegawai Memerintah Batalion ke 18 Rejimen Askar Melayu Diraja (RAMD PARA) Kem Seri Pantai,Leftenan Kolonel Mohd Ashafiq Abdul Aziz berkata agensi terlibat ialah Polis Diraja Malaysia (PDRM),Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) serta Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM).
Operasi diketuai Ketua Kompeni 18 RAMD Mejar Mohd Fahmizal Zamri bermula 12.45 tengahari. Operasi dilaksanakan kerana kawasan sekitar Kuala Jengai telah terputus hubungan dan memerlukan bantuan bekalan makanan dan untuk ditempatkan di pusat pemindahan sementara (PPS).
Menggunakan aset perairan milik Angkatan Tentera Malaysia (ATM) dan agensi lain pasukan penyelamat,melalui jalan Sungai Dungun menyalurkan bantuan ke PPS SK Kuala Jengai dan Kampung Surau yang terputus hubungan.
Sultan Pahang titah solat hajat di semua masjid, doa jerebu Sarawak pulih
Taska di Sarawak tutup serta-merta jika IPU cecah 200
Sambutan Hari RTM ke-80, Bulan Kebangsaan 2026 di Terengganu meriah
Mansuh AUKU: Mahasiswa mahu kebebasan bersuara seiring tanggungjawab
PM Anwar, isteri hayati seni batik Brunei
Sukan Bendang disertai lebih 2,000 peserta, perkukuh perpaduan
©hak cipta2009-2020 Forum Teknologi Malaysia Timur