2024-11-28 HaiPress

Beberapa kawasan di Perlis dinaiki air selepas hujan lebat berterusan tanpa henti/Foto PDRM
ARAU,28 November – Situasi banjir di Perlis semakin memburuk dengan jumlah penduduk terjejas kini meningkat kepada 308 orang daripada 90 keluarga setakat pukul 2 petang tadi.
Pengarah Angkatan Pertahanan Awam (APM) Negeri,Leftenan Kolonel (PA) Mohd Izaimi Mohd Daud,berkata kesemua penduduk terjejas telah ditempatkan di tiga Pusat Pemindahan Sementara (PPS).
"PPS Sekolah Kebangsaan Titi Tinggi mencatatkan jumlah penduduk terjejas paling ramai iaitu seramai 131 orang daripada 36 keluarga yang berasal dari Kampung Titi Tinggi Hilir dan Kampung Guar Tinggi.
"Manakala PPS SK Guar Nangka menempat seramai 73 penduduk terjejas banjir terdiri daripada 22 keluarga dari Kampung Rambai,Kampung Banggol Sena,Kampung Gial,Kampung Bukit dan Kampung Kuala Tunggang
"Sebuah lagi,PPS SK Arau dengan 104 orang penduduk daripada 32 keluarga dari Kampung Padang Telela," katanya ketika meninjau PPS Sekolah Kebangsaan Guar Nangka.
Selain itu,sebuah lagi PPS telah diaktifkan di Dewan Warisan,Kangar,bagi menempatkan penduduk terjejas sekitar Parlimen Kangar.
Dalam pada itu,sebanyak 5 buah sekolah sekitar Arau ditutup berikutan ditenggelami banjir.
Antaranya,Sekolah Menengah Kebangsaan Datuk Sheikh Ahmad,Sekolah Menengah Kebangsaan Syed Hussein,Sekolah Kebangsaan Arau,Sekolah Kebangsaan Tengku Budriah dan SJKC Hwa Aik.
Sultan Pahang titah solat hajat di semua masjid, doa jerebu Sarawak pulih
Taska di Sarawak tutup serta-merta jika IPU cecah 200
Sambutan Hari RTM ke-80, Bulan Kebangsaan 2026 di Terengganu meriah
Mansuh AUKU: Mahasiswa mahu kebebasan bersuara seiring tanggungjawab
PM Anwar, isteri hayati seni batik Brunei
Sukan Bendang disertai lebih 2,000 peserta, perkukuh perpaduan
©hak cipta2009-2020 Forum Teknologi Malaysia Timur