2024-11-28 HaiPress

Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Perak,Sayani Saidon/ BERNAMA
IPOH,28 November – Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Perak bersiap sedia untuk diatur gerak ke negeri-negeri Pantai Timur yang sedang dilanda banjir,sekiranya diperlukan.
Pengarah JBPM Perak,Sayani Saidon,berkata persediaan dari segi keanggotaan dan aset telah dilaksanakan bagi menghadapi sebarang kemungkinan.
Beliau menjelaskan sebanyak tiga Pasukan Gerak Cepat Monsun Timur Laut (PGC MTL) terdiri daripada tiga Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) iaitu di Bagan Serai,Kuala Kangsar dan Tapah boleh diatur gerak ke kawasan bencana.
"Sekiranya kami terpaksa menghantar bantuan ke luar negeri,bantuan kepada negeri terjejas dan pada masa kami perlu mengadakan mode standby untuk dalam negeri,ketika itu kita mungkin akan menggerakkan mode kerja syif daripada menukar syif daripada 12 jam kepada 24 jam.
"... dan pada masa yang sama dari segi pembekuan cuti rehat juga kita akan lakukan,tapi pada masa ini belum lagi",katanya kepada pemberita dalam sidang media sempena Majlis Perhimpunan Bulan November 2024 dan Majlis Sekalung Budi Pesara-Pesara tahun 2024 di Ipoh,Perak.
Tambahnya,JBPM Perak telah mengenal pasti 332 lokasi berisiko banjir di kesemua 12 daerah di negeri itu.
Pihaknya juga akan terus bekerjasama dengan agensi lain terutama melibatkan operasi penyelamatan ketika bencana banjir.
Empat langkah tangani krisis air sawah Perak Tengah
KPT sokong inisiatif MAHSA, Micro-Credential jadi pemangkin ‘upskilling’
AS digesa tarik balik tekanan terhadap Malaysia
Peruntukan pertahanan meningkat 35 peratus, tertinggi dalam sejarah
Karnival Masjid Negara 2026 perkasa masjid sebagai pusat komuniti
SK Bukit Pantai terima blok baharu ganti bangunan rosak akibat anai-anai
©hak cipta2009-2020 Forum Teknologi Malaysia Timur