2024-11-28 HaiPress

Tujuh pekerja ladang kelapa sawit terperangkap selepas laluan utama ditenggelami air
KEMAMAN,28 November- Tujuh pekerja ladang kelapa sawit di Kampung Batu Puteh di sini terperangkap selama tiga jam selepas laluan utama ke kawasan itu ditenggelami air setinggi lebih satu meter dengan arus deras akibat hujan lebat.
Kesemua mangsa berjaya diselamatkan oleh bomba dari Balai Bomba dan Penyelamat (BPP) Kerteh dalam operasi yang menggunakan teknik rentangan tali.
Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Kerteh,Khairulhasni Mokhtar memaklumkan pihaknya menerima panggilan kecemasan daripada salah seorang mangsa pada pukul 5.23 petang.
Operasi menyelamat berdepan cabaran berikutan arus deras sungai berhampiran namun semua mangsa berjaya dibawa keluar dengan selamat dalam tempoh tiga jam.

Empat langkah tangani krisis air sawah Perak Tengah
KPT sokong inisiatif MAHSA, Micro-Credential jadi pemangkin ‘upskilling’
AS digesa tarik balik tekanan terhadap Malaysia
Peruntukan pertahanan meningkat 35 peratus, tertinggi dalam sejarah
Karnival Masjid Negara 2026 perkasa masjid sebagai pusat komuniti
SK Bukit Pantai terima blok baharu ganti bangunan rosak akibat anai-anai
©hak cipta2009-2020 Forum Teknologi Malaysia Timur