2024-11-28 HaiPress

FOTO BOMBA BESUT
BESUT,28 November- Seorang pesaraJabatanPerkhidmatanVeterinarMalaysia (JPV) menjadi korban pertama banjir di Terengganu selepas ditemukan lemas di Kampung Amer,di sini,pagi tadi.
Mangsa,Tuan Jusoh Tuan Hassan,66,dilaporkan ke sawah padi bersama tiga rakannya untuk memukat ikan menggunakan bot sebelum tragedi berlaku.
Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Besut,Muhammad Azrul Izzham Zulkifli memaklumkan bahawa pihaknya menerima panggilan kecemasan pada pukul 9.08 pagi dan 10 anggota dikejarkan ke lokasi.
"Ketika kejadian,mangsa dipercayai sedang mengangkat pukat sebelum lemas," katanya ketika ditemui pemberita di lokasi kejadian di sini hari ini.
Mayat mangsa ditemukan kira-kira lima meter dari lokasi kejadian selepas satu jam operasi pencarian dan diserahkan kepada polis untuk tindakan lanjut.
Sultan Pahang titah solat hajat di semua masjid, doa jerebu Sarawak pulih
Taska di Sarawak tutup serta-merta jika IPU cecah 200
Sambutan Hari RTM ke-80, Bulan Kebangsaan 2026 di Terengganu meriah
Mansuh AUKU: Mahasiswa mahu kebebasan bersuara seiring tanggungjawab
PM Anwar, isteri hayati seni batik Brunei
Sukan Bendang disertai lebih 2,000 peserta, perkukuh perpaduan
©hak cipta2009-2020 Forum Teknologi Malaysia Timur