2024-11-28 HaiPress

Kenyataan Bank Islam Malaysia Berhad
KUALA LUMPUR,28 November - Bank Islam Malaysia Berhad melancarkan semula program Bantuan Prihatin Banjir bagi membantu pelanggan
pembiayaan yang layak dan terjejas dengan bencana itu.
Pelanggan Pembiayaan Rumah,Peribadi,dan Kenderaan-i yang terkesan boleh memohon penangguhan ansuran bulanan sehingga enam bulan,tertakluk kepada terma dan syarat ditetapkan.
Selain itu,Bank Islam turut menawarkan penggantian kad kredit,kad debit-i dan buku cek yang rosak atau hilang secara percuma.
Bagi perniagaan mikro,kecil dan sederhana (PMKS),program pembiayaan Kemudahan Bantuan Bencana ditawarkan untuk peniaga terkesan.
Di bawah kemudahan ini,PMKS yang layak boleh mendapatkan pembiayaan untuk membaik pulih atau menggantikan aset perniagaan,serta menyediakan modal kerja diperlukan.
Moratorium sehingga enam bulan turut disediakan untuk pelanggan PMKS sedia ada yang terjejas di kawasan dikenal pasti oleh Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA).
"Permohonan untuk bantuan kewangan di bawah Program Prihatin Banjir boleh dibuat di cawangan Bank Islam terdekat dalam tempoh tiga bulan insiden," kata bank itu.
Ketua Pegawai Eksekutif kumpulan Datuk Mohd Muazzam Mohamed berkata bank sentiasa memantau situasi terkini di semua kawasan yang terjejas.
Empat langkah tangani krisis air sawah Perak Tengah
KPT sokong inisiatif MAHSA, Micro-Credential jadi pemangkin ‘upskilling’
AS digesa tarik balik tekanan terhadap Malaysia
Peruntukan pertahanan meningkat 35 peratus, tertinggi dalam sejarah
Karnival Masjid Negara 2026 perkasa masjid sebagai pusat komuniti
SK Bukit Pantai terima blok baharu ganti bangunan rosak akibat anai-anai
©hak cipta2009-2020 Forum Teknologi Malaysia Timur