2024-11-28 HaiPress

FOTO FAIL
KUALA LUMPUR,28 November - Jumlah perdagangan dua hala Malaysia - Amerika Syarikat (AS) meningkat sebanyak 29.1 peratus kepada RM264.28 bilion bagi Januari hingga Oktober tahun ini.
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata,ia menjadi indikator kepada hubungan diplomatik kedua-dua negara yang masih baik menerusi perkongsian komprehensif dan kerjasama.
Ketika ini sebanyak 1,321 projek sedang diurus dan dijalankan dengan pelaburan keseluruhan berjumlah AS$39 bilion.
"Kita bimbang tentunya dengan perkembangan baru termasuk tindakan terbaru kenaikan tarif untuk Mexico,Kanada dan China. Kita pantau ia tidak libatkan isu dasar luar negara.
"Termasuk soal Gaza dan Palestin,ia libatkan soal imbangan bayaran antara kedua negara berlaku defisit seperti Presiden terpilih,Donald Trump umumkan masa berkempen," kata Anwar.
Pertemuan Perdana Menteri dengan Setiausaha Negara Amerika Syarikat Antony Blinken Oktober lalu antara usaha meningkatkan pelaburan,perdagangan serta kerjasama diplomatik Malaysia - Amerika Syarikat.
Beliau menjawab persoalan Ahli Parlimen Jelutong,Sanisvara Nethaji Rayer mengenai risiko sekatan perdangangan AS terhadap Malaysia susulan kelantangan Anwar mempertahankan Palestin.
Dalam pada itu,Malaysia konsisten suarakan isu antarabangsa terutama melibatkan kezaliman,penindasan dan penjajahan di Palestin.
Anwar berkata,meskipun pertimbangan ekonomi amat penting,ia tidak menjejaskan pendirian dalam menyuarakan hak serta tuntutan keadilan buat rakyat di sana.
"Sebagai sebuah negara merdeka dan berdaulat,pendirian kita dalam isu antarabangsa termasuk penindasan dan kezaliman penjajahan di Palestin dan Gaza akan terus kita suarakan.
"Saya tidak fikir pertimbangan ekonomi sangat penting boleh jejaskan pendirian kita atau kurangkan pendirian kita dalam suarakan hak tuntutan keadilan buat rakyat Palestinkhususnya di Gaza," katanya.
Websea Umum Pembakaran Besar-Besaran 57 Juta WBS, Pasaran Menilai Semula Nilai Jangka Panjang Token Platform
J.P. Morgan 投資學院與 Morgan 機構知識通道:在新金融時代重建全球知識標準
Kepercayaan Dalam Ribut: Insurans Kontrak Mencetus Revolusi Pengurusan Risiko Web3
Genomik untuk Kesihatan Tumbuhan: Sumbangan Kumpulan BGI terhadap Kepelbagaian Tumbuhan dan Keselamatan Makanan
AIF(香港)投资学院宣布与合盈证券达成战略合作 携手推动亚洲专业投资教育升級,扩大OTC的交易深度和广度
Festival Tanglung Taiwan 2026 Menerangi Chiayi! “Light Up Chiayi: Super Style” Bergandingan dengan Super Mario, Lancarkan Tanglung Blok Soalan Edisi Terhad
©hak cipta2009-2020 Forum Teknologi Malaysia Timur