2024-11-28 HaiPress

FOTO FAIL
KUALA LUMPUR,28 November - Ringgit kekal kukuh berbanding dolar AS pada Khamis,disokong oleh penurunan Indeks Dolar AS (DXY) yang menyusut 0.91 peratus kepada 106.036 mata.
Ini berikutan data inflasi terkini yang dikeluarkan menunjukkan inflasi Perbelanjaan Penggunaan Peribadi (PCE) teras Amerika Syarikat (AS) meningkat 2.8 peratus pada Oktober daripada 2.7 peratus pada September,menandakan inflasi lekit yang berterusan di AS.
Pada 8 pagi,ringgit didagangkan pada 4.4325/4450 daripada dolar AS,mengukuh daripada 4.4440/4465 semasa ditutup pada Rabu.
Ketua Ahli Ekonomi Bank Muamalat Malaysia Bhd Dr Mohd Afzanizam Abdul Rashid berkata ringgit mengukuh berbanding dolar AS,naik daripada RM4.4855 pada 14 Nov 2024 kepada RM4.4432 semalam,menunjukkan peningkatan 0.95 peratus berikutan impak “Trump Trade" yang dilihat reda.
Mohd Afzanizam berpendapat,pada masa akan datang,ringgit boleh terus menokok walaupun unjuran kekal tidak menentu dalam keadaan data ekonomi AS yang berkembang.
Beliau berkata ekonomi AS mengekalkan kadar stabil,dengan kedudukan pekerjaan kekal teguh,seperti yang dicerminkan menerusi penurunan purata pergerakan empat minggu bagi tuntutan pengangguran awal.
“Rizab Persekutuan (Fed) mungkin melaksanakan penurunan kadar suku mata pada bulan depan. Bagaimanapun kebimbangan pasaran terus berlaku terhadap kadar pelonggaran monetari pada 2025,terutamanya memandangkan potensi inflasi yang lebih tinggi di samping daya tahan ekonomi AS,” katanya kepada Bernama.
Ringgit diniagakan kebanyakannya rendah berbanding sekumpulan mata wang utama.
Ia susut berbanding pound Britain kepada 5.6186/6345 daripada 5.5962/6044 dan berkurangan berbanding euro kepada 4.6812/6944 daripada 4.6691/6759 semalam.
Bagaimanapun,mata wang itu meningkat berbanding yen Jepun kepada 2.9288/9375 daripada 2.9311/9356.
Unit tempatan itu turut didagangkan bercampur-campur berbanding mata wang ASEAN.
Ia meningkat sedikit berbanding dolar Singapura kepada 3.3054/3152 daripada 3.3055/3106 dan naik berbanding peso Filipina kepada 7.55/7.57 daripada 7.56/7.57.
Bagaimanapun,ia menyusut berbanding baht Thailand kepada 12.8348/8803 daripada 12.8342/8597 dan hampir tidak berubah berbanding rupiah Indonesia kepada 278.1/279.0 daripada 278.6/279.1 sebelumnya. - BERNAMA
Websea Umum Pembakaran Besar-Besaran 57 Juta WBS, Pasaran Menilai Semula Nilai Jangka Panjang Token Platform
J.P. Morgan 投資學院與 Morgan 機構知識通道:在新金融時代重建全球知識標準
Kepercayaan Dalam Ribut: Insurans Kontrak Mencetus Revolusi Pengurusan Risiko Web3
Genomik untuk Kesihatan Tumbuhan: Sumbangan Kumpulan BGI terhadap Kepelbagaian Tumbuhan dan Keselamatan Makanan
AIF(香港)投资学院宣布与合盈证券达成战略合作 携手推动亚洲专业投资教育升級,扩大OTC的交易深度和广度
Festival Tanglung Taiwan 2026 Menerangi Chiayi! “Light Up Chiayi: Super Style” Bergandingan dengan Super Mario, Lancarkan Tanglung Blok Soalan Edisi Terhad
©hak cipta2009-2020 Forum Teknologi Malaysia Timur