2024-11-28 HaiPress

FOTO HIASAN
KUALA LUMPUR,27 November- Ringgit ditutup tinggi berbanding dolar AS pada Rabu,didorong oleh minit mesyuarat terkini Rizab Persekutuan (Fed) Amerika Syarikat (AS) yang dilihat kurang agresif daripada jangkaan dan mengekalkan naratif penurunan kadar faedah.
Pada 6.00 petang,mata wang tempatan naik kepada 4.4440/4465 berbanding dolar AS daripada 4.4560/4600 pada Selasa.
Pengarah Urusan SPI Asset Management Stephen Innes berkata dolar AS rendah berdasarkan minit mesyuarat Fed pada 6 hingga 7 November lepas dengan para pegawai Fed melihat lebih banyak penurunan kadar faedah pada masa depan walaupun secara berperingkat.
Minit mesyuarat itu mendedahkan para pegawai Fed mempertimbangkan perubahan kadar faedah dengan berhati-hati,lebih cenderung kepada pelarasan secara berperingkat untuk menyokong pertumbuhan ekonomi dan mengurangkan risiko kenaikan yang mendadak untuk kadar pengangguran.
“Ringgit meningkat semula selepas situasi tidak menentu disebabkan ancaman tarif oleh bakal Presiden AS Donald Trump semalam.
“Kestabilan ini diperkukuhkan lagi oleh pasaran bon AS yang tenang,meyakinkan pelabur global bahawa kenyataan Trump mengenai tarif kemungkinan merupakan amaran strategik yang ditujukan kepada negara tertentu,” katanya kepada Bernama.
Ringgit diniagakan kebanyakannya tinggi berbanding sekumpulan mata wang utama.
Ia meningkat berbanding pound kepada 5.5962/6044 daripada 5.6021/6071 dan naik berbanding euro kepada 4.6691/6759 daripada 4.6824/6866 semalam.
Bagaimanapun,ia merosot berbanding yen Jepun kepada 2.9311/9356 daripada 2.8952/8980.
Mata wang tempatan turut diniagakan kebanyakannya tinggi berbanding mata wang ASEAN.
Ia naik berbanding dolar Singapura kepada 3.3055/3106 daripada 3.3066/3098,meningkat berbanding baht Thailand kepada 12.8342/8597 daripada 12.8393/8564 dan menambah berbanding rupiah Indonesia kepada 278.6/279.1 daripada 279.6/280.0 sebelum ini.
Mata wang tempatan susut berbanding peso Filipina kepada 7.56/7.57 daripada 7.55/7.56. -BERNAMA
Membina Jambatan Dialog Berterusan: Memacu Proses Kemasukan Anmrex dan Merealisasikan Penyelarasan Pematuhan Dua Hala
Building a Normalized Dialogue Bridge: Advancing Anmrex Admission Process and Achieving Two-Way Compliance Alignment
CON-FEST 2026 himpun lebih 300 pengiat industri kreatif global
Jiwa@Komuniti MADANI eratkan hubungan kerajaan dengan masyarakat Endau
Sistem kesihatan awam sedia ada masih relevan, NHI tidak diperlukan
Integrasi rapat klinik kerajaan-swasta tangani beban NCD
©hak cipta2009-2020 Forum Teknologi Malaysia Timur