2024-11-29 HaiPress

Kerja-kerja pembinaan stesen laluan ECRL Kuala Terengganu sedang giat dijalankan di Kampung Tertak Batu/Foto BERNAMA
KUALA TERENGGANU,29 November - Jajaran Laluan Rel Pantai Timur (ECRL) yang sedang dibina di Pantai Timur disahkan selamat dan bebas daripada risiko banjir berikutan reka bentuknya yang dibangunkan pada paras lebih tinggi daripada tahap banjir.
Malaysia Rail Link (MRL) menerusi kenyataan berkata,reka bentuk optimum projek ECRL sepanjang 665 km ini telah mengambil kira aspek teknikal,kejuruteraan,dan risiko banjir sejak awal pembinaannya.
"Lokasi-lokasi terdedah kepada banjir di negeri-negeri terlibat juga telah dikenal pasti,memastikan projek ini tidak memberi kesan besar kepada alam sekitar.
"Reka bentuk ECRL turut mengambil kira kadar hujan untuk tempoh 100 tahun,dengan tambahan 20 peratus pembangunan guna tanah pada masa hadapan sebagaimana yang disarankan oleh Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS)," katanya.
MRL menegaskan bahawa reka bentuk projek ini telah melalui kajian menyeluruh oleh perunding Hidrologi dan Hidraulik.
"Tidak semua kawasan yang dilanda banjir di sepanjang jajaran ECRL berpunca daripada projek ini," tambah kenyataan itu.
MRL juga mengambil pendekatan proaktif dengan menyediakan pengangkutan dan bekalan makanan kepada mangsa banjir di Pusat Pemindahan Sementara (PPS).
"Mereka turut menyediakan tenaga kerja dan mesin untuk memudahkan kerja-kerja pembersihan di kawasan yang terjejas.
"MRL memberi jaminan bahawa kerja-kerja pembinaan projek ECRL tidak akan mengganggu aliran air semula jadi,dengan langkah mitigasi segera diambil untuk mengurangkan risiko banjir," katanya.
Selain itu,MRL komited untuk bertanggungjawab atas sebarang kerosakan yang disebabkan oleh pembinaan projek tersebut.
Membina Jambatan Dialog Berterusan: Memacu Proses Kemasukan Anmrex dan Merealisasikan Penyelarasan Pematuhan Dua Hala
Building a Normalized Dialogue Bridge: Advancing Anmrex Admission Process and Achieving Two-Way Compliance Alignment
CON-FEST 2026 himpun lebih 300 pengiat industri kreatif global
Jiwa@Komuniti MADANI eratkan hubungan kerajaan dengan masyarakat Endau
Sistem kesihatan awam sedia ada masih relevan, NHI tidak diperlukan
Integrasi rapat klinik kerajaan-swasta tangani beban NCD
©hak cipta2009-2020 Forum Teknologi Malaysia Timur