2024-11-29 HaiPress

Timbalan Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup,Fuziah Salleh
AYER KEROH,29 November - Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) telah menambah stok bekalan keperluan hingga 30 peratus sebagai persediaan bencana banjir.
Timbalan Menterinya Senator Dr Fuziah Salleh berkata,lesen khas kepada pemborong juga sudah dikeluarkan.
Beliau berkata,ia bagi memastikan bekalan keperluan asas terhadap negeri yang terlibat banjir,mencukupi.
"Sekiranya banjir berlaku kita punya bekalan tidak boleh sampai terputus. Daripada awal lagi saya fikir dan sudah dua bulan KPDN bersedia dengan mengeluarkan lesen peruntukan tambahan 30 peratus kepada pemborong-pemborong. Jadi persiapan kita memang sudah bersedia,"kata Dr Fuziah.
Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas merasmikan pembukaan gudang baharu penyimpanan tong komposit LPG ACGas Cawangan Melaka di Taman Perindustrian Tasik Utama Ayer Keroh,di sini.
Empat langkah tangani krisis air sawah Perak Tengah
KPT sokong inisiatif MAHSA, Micro-Credential jadi pemangkin ‘upskilling’
AS digesa tarik balik tekanan terhadap Malaysia
Peruntukan pertahanan meningkat 35 peratus, tertinggi dalam sejarah
Karnival Masjid Negara 2026 perkasa masjid sebagai pusat komuniti
SK Bukit Pantai terima blok baharu ganti bangunan rosak akibat anai-anai
©hak cipta2009-2020 Forum Teknologi Malaysia Timur