2024-11-29 HaiPress

Foto RTM
ALOR SETAR,29 November -Jumlah penduduk terjejas banjir di enam daerah di Kedah dijangka terus meningkat memandangkan cuaca yang tidak menentu dan hujan sepanjang hari.
Kuala Muda menjadi daerah terbaharu banjir,setakat ini bilangan penduduk yang terjejas masih dalam bancian.
Namun,setakat ini bilangan penduduk terjejas masih dalam bancian.
Seketariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri Kedah menerusi kenyataan memaklumkan setakat pukul 4.00 petang tadi,seramai 4,488 orang daripada 1,402 keluarga ditempatkan di 37 Pusat Pemindahan Sementara PPS.
Daerah Kubang Pasu mencatatkan jumlah penduduk terjejas tertinggi iaitu 663 penduduk terjejas banjir daripada 581 keluarga berlindung di14 PPS.
Di Padang Terap,seramai 1,163 penduduk daripada 344 keluarga ditempatkan di Sembilan PPS,manakala Kota Setar seramai 736 penduduk daripada 228berlindung di tiga PPS.
Daerah Sik,seramai 465 penduduk terjejas melibatkan 101 keluarga berlindung di tujuh PPS,dan Pokok Sena,seramai 461 penduduk daripada 148 di tiga PPS.
Sementara itu,tujuh sungai di Kedah berada pada paras bahaya iaitu Sungai Laka,Sungai Bata dan Sungai Padang Terap di daerah Kubang Pasu dan Sungai Perik di daerah Padang Terap.
Turut berada pada paras bahaya Sungai Anak Bukit di Taman Aman dan Sungai Anak Bukit di Jambatan Tunku Abdul Rahman di daerah Kota Setar serta Sungai Titi Kerbau di daerah Pendang.
SOUEAST returns to Dubai Fashion Week as official automotive partner, redefining aesthetics of mobility
Pengaruh Thailand dengan berjuta-juta pengikut berpusu-pusu ke Gunung Emei untuk perkhidmatan kebudayaan dan pelancongan bertaraf antarabangsa, menjadikannya tarikan utama
Daripada Bon Perbendaharaan AS kepada Komoditi Fizikal: BullNus Cuba Membina Kitaran Tertutup Perniagaan RWA Berpacukan "Dunia Fizikal"
Pelindung dalam Pasaran Volatil: Kepentingan 'Copy Trading' Terjamin Modal Websea
RF RACER Brand Leverages Motorsport Heritage for Engineering Excellence
Paradigma Baharu untuk Laluan Pengundian: Daripada Pengagregatan Maklumat kepada Pengaset Konsensus, Penentuan Kedudukan dan Pelaksanaan Praktikal OracleX.
©hak cipta2009-2020 Forum Teknologi Malaysia Timur