2024-11-29 HaiPress

Foto RTM
KUANTAN,29 November - Penjawat awam di Pahang akan menerima Bantuan Khas Kewangan (BKK) sebanyak satu bulan setengah gaji yang akan dikreditkan selewatnya-lewatnya pada Februari tahun depan.
Menteri Besar Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail mengumumkan perkara itu ketika membentangkan Belanjawan Pahang 2025 pada sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) di sini hari ini.
“Kerajaan negeri telah bersetuju untuk memberikan Bantuan Khas Kewangan sebanyak satu bulan setengah gaji kepada setiap penjawat awam di bawah pentadbiran Kerajaan Negeri Pahang sebagai menghargai sumbangan dan motivasi untuk meneruskan kerja baik dan meningkatkan pencapaian pada masa hadapan,"katanya.
Bayaran berkenaan melibatkan keseluruhan peruntukan berjumlah RM33.3 juta.
Selain itu,kerajaan negeri juga turut bersetuju untuk menerima pakai Sistem Saraan Perkhidmatan Awam (SSPA) sebagaimana diumumkan kerajaan Persekutuan.
Pelaksanaan SSPA akan memberikan kenaikan gaji sebanyak 15 peratus yang akan mula dibayar bermula Disember tahun ini sebanyak lapan peratus dan baki tujuh peratus bermula Januari 2026 yang melibatkan implikasi kewangan kepada kerajaan negeri sebanyak RM55.014 juta.
"Saya ingin merakamkan penghargaan dan terima kasih kepada seluruh penjawat awam yang terus menerus memberikan dokongan dan keyakinan dalam melaksanakan amanah ini," katanya.
Empat langkah tangani krisis air sawah Perak Tengah
KPT sokong inisiatif MAHSA, Micro-Credential jadi pemangkin ‘upskilling’
AS digesa tarik balik tekanan terhadap Malaysia
Peruntukan pertahanan meningkat 35 peratus, tertinggi dalam sejarah
Karnival Masjid Negara 2026 perkasa masjid sebagai pusat komuniti
SK Bukit Pantai terima blok baharu ganti bangunan rosak akibat anai-anai
©hak cipta2009-2020 Forum Teknologi Malaysia Timur