2024-11-29 HaiPress

FOTO RTM
KANGAR,29 November- Banjir di Perlis semakin surut dengan jumlah penduduk terjejas turut mencatatkan sedikit penurunan pada petang ini.
Sehingga pukul 2.00 petang tadi,bilangan penduduk ditempatkan di empat pusat pemindahan sementara (PPS) berkurangan kepada 472 orang berbanding 489 orang sebelumnya.
Walaupunbegitu,kesemua PPS masih beroperasi tanpa sebarang penambahan pusat pemindahan.
PPS Sekolah Kebangsaan (SK) Arau masih mencatatkan jumlah penduduk terjejas paling ramai iaitu 158 orang daripada 48 keluarga.
Sementara itu,PPS SK Titi Tinggi menempatkan 132 orang daripada 36 keluarga,diikuti PPS Dewan Warisan,Kangar dengan 109 penduduk daripada 33 keluarga.
PPS SK Guar Nangka pula menempatkan 73 penduduk terjejas banjir daripada 22 keluarga yang berasal dari lima buah kampung.
Sultan Pahang titah solat hajat di semua masjid, doa jerebu Sarawak pulih
Taska di Sarawak tutup serta-merta jika IPU cecah 200
Sambutan Hari RTM ke-80, Bulan Kebangsaan 2026 di Terengganu meriah
Mansuh AUKU: Mahasiswa mahu kebebasan bersuara seiring tanggungjawab
PM Anwar, isteri hayati seni batik Brunei
Sukan Bendang disertai lebih 2,000 peserta, perkukuh perpaduan
©hak cipta2009-2020 Forum Teknologi Malaysia Timur