2024-11-29 HaiPress

FOTO APM ALOR GAJAH
MELAKA,29 November- Lima pusat pemindahan sementara (PPS) dibuka di Melaka hari ini susulan hujan berterusan sejak petang semalam yang mengakibatkan banjir di beberapa kawasan.
Menurut Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri,seramai 66 penduduk terjejas banjir daripada 19 keluarga telah dipindahkan ke PPS.
Di daerah Alor Gajah,tiga PPS dibuka iaitu di Balai Raya Kampung Gadek,sementara dua lagi masih dalam proses pendaftaran di Japerun Durian Tunggal serta Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Seri Pengkalan.
Sebuah PPS masing-masing dibuka di daerah Melaka Tengah di Balai Raya Paya Ikan dan di Jasin di Sekolah Kebangsaan (SK) Parit Penghulu.
Secara keseluruhannya,sebanyak 24 kawasan terjejas banjir dengan 16 kawasan di Alor Gajah,tujuh di Jasin dan satu di Melaka Tengah.
Sultan Pahang titah solat hajat di semua masjid, doa jerebu Sarawak pulih
Taska di Sarawak tutup serta-merta jika IPU cecah 200
Sambutan Hari RTM ke-80, Bulan Kebangsaan 2026 di Terengganu meriah
Mansuh AUKU: Mahasiswa mahu kebebasan bersuara seiring tanggungjawab
PM Anwar, isteri hayati seni batik Brunei
Sukan Bendang disertai lebih 2,000 peserta, perkukuh perpaduan
©hak cipta2009-2020 Forum Teknologi Malaysia Timur