2024-11-30 HaiPress

Foto BERNAMA
KUALA LUMPUR,30 November - Prasarana Malaysia Berhad (Prasarana) mengesahkan video tular di media sosial berhubung kesesakan di platform Stesen Transit Aliran Massa (MRT) Pasar Seni pada 26 November lalu disebabkan kelewatan jadual perjalanan tren.
Prasarana dalam kenyataannya hari ini berkata kejadian berlaku sekitar pukul 6.45 petang pada waktu puncak,menyebabkan berlaku gangguan pergerakan penumpang dan mengakibatkan kesesakan di platform Stesen MRT Pasar Seni.
"Bagi memastikan kejadian seumpama ini tidak berulang,pihak Prasarana memperkukuhkan Prosedur Operasi Standard (SOP) pengurusan penumpang,terutamanya ketika waktu puncak bagi memastikan pergerakan penumpang di stesen berjalan lancar dan selamat.
"Salah satu penambahbaikan adalah dengan menyusun semula penempatan Polis Bantuan di kawasan-kawasan utama yang mempunyai risiko keselamatan yang lebih tinggi seperti platform dan eskalator. Ini adalah langkah untuk memastikan kawalan keselamatan yang lebih efektif," menurut Prasarana dalam kenyataan hari ini.
Selain itu,perkhidmatan MRT Laluan Kajang akan dipertingkat dengan penambahan bilangan tren daripada 39 tren kepada 42 tren menjelang Mac tahun hadapan.
Langkah ini bertujuan untuk meningkatkan kapasiti tren dan mengurangkan kesesakan di stesen-stesen sepanjang Laluan Kajang.
Kekerapan tren juga akan dipendekkan daripada 4 minit kepada 3.7 minit pada waktu puncak.
Prasarana memohon maaf di atas kesulitan yang dialami oleh penumpang semasa kejadian itu dan akan terus melakukan penambahbaikan bagi memastikan perjalanan penumpang Rapid KL selamat,selesa dan lancar.
Sultan Pahang titah solat hajat di semua masjid, doa jerebu Sarawak pulih
Taska di Sarawak tutup serta-merta jika IPU cecah 200
Sambutan Hari RTM ke-80, Bulan Kebangsaan 2026 di Terengganu meriah
Mansuh AUKU: Mahasiswa mahu kebebasan bersuara seiring tanggungjawab
PM Anwar, isteri hayati seni batik Brunei
Sukan Bendang disertai lebih 2,000 peserta, perkukuh perpaduan
©hak cipta2009-2020 Forum Teknologi Malaysia Timur