2024-11-30 HaiPress

Foto Universiti Putra Malaysia
SERDANG,30 November - Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah menitahkan agar nama Universiti Putra Malaysia (UPM) dikekalkan.
Sultan Sharafuddin bertitah,selaku Canselor universiti,Baginda dan Lembaga Pentadbir UPM tidak terlebih dahulu dirujuk berkaitan sebarang cadangan pertukaran nama universiti berkenaan.
"Baru-baru ini Beta telah mendengar seorang menteri telah mencadangkan untuk menukarkan semula nama Universiti Putra Malaysia kepada Universiti Pertanian.
"Cadangan ini tidak dirujuk kepada beta selaku Canselor Universiti Putra Malaysia. Oleh yang demikian beta tidak berkenan dengan cadangan tersebut,beta menegaskan bahawa nama Universiti Putra Malaysia ini perlu dikekalkan," titah baginda pada Sidang Kedua Sesi Satu,Istiadat Konvokesyen UPM ke-48 di UPM hari ini.
Sultan Sharafuddin dalam titah ucapannya menyatakan bahawa nama UPM perlu dikekalkan kerana nama tersebut membawa maksud “Pertanian Untuk Rakyat”,yang menggambarkan peranan penting universiti dalam memajukan sektor pertanian dan meningkatkan kesejahteraan rakyat.
Baginda turut menegaskan nama UPM adalah satu penghormatan kepada Tunku Abdul Rahman Putra Alhaj,selaku Perdana Menteri Malaysia yang pertama.
“Oleh itu,di sini Beta ingin mengingatkan kepada mereka yang tidak memahami sejarah agar membaca dan meneliti fakta sejarah sebelum membuat apa-apa kenyataan,terutama melibatkan UPM,” titah baginda.
Baginda bertitah,identiti,sejarah,dan reputasi UPM perlu terus dipertahankan sebagai institusi yang dihormati di dalam dan luar negara.
USTEU will showcase its full scenario charging solution at ENERtec ASIA 2026 in Malaysia
GSF 2.0: Malaysia-Turkiye bekerjasama bawa pulang 29 rakyat Malaysia
Perhebat usaha diplomatik, bebas 29 rakyat Malaysia ditahan Israel
535 warga kerja sektor penyiaran dan komunikasi terima APC
RUU warga emas dibentang pada sesi parlimen akan datang
Wanita maut, anak parah dirempuh lori
©hak cipta2009-2020 Forum Teknologi Malaysia Timur