2024-11-30 HaiPress

Kejadian tanah runtuh di kawasan Taman Perumahan Desa Emas Machang,Kelantan.
MACHANG,30 November- Hujan berterusan sejak beberapa hari lalu telah menyebabkan kejadian tanah runtuh di kawasan Taman Perumahan Desa Emas,Machang,Kelantan.
Menurut Pusat Gerakan Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat (JBPM) Negeri Kelantan,pihaknya menerima laporan mengenai kejadian pada pukul 10.36 pagi dan lapan anggota ditugaskan ke lokasi.
Bagaimanapun,tiada mangsa yang terlibat dalam insiden tersebut.
Sementara itu,saksi Che Aiman Hashim Abdullah yang juga Pegawai Pejabat Tanah dan Jajahan Machang,memberitahu terdapat kira-kira 20 unit rumah teres kos rendah di kawasan tersebut,yang terletak berdekatan dengan bukit.
Katanya,kawasan perumahan ini baharu sahaja dibuka.
Namun ketika kejadian,penghuni rumah tidak berada di rumah masing-masing kerana keluar bekerja.
Runtuhan tanah hanya melibatkan sebuah rumah yang terletak paling hampir dengan bukit.
Susulan itu,beliau bersama Pegawai Daerah Machang,Mohd Zamri Ibrahim serta pegawai Jabatan Kerja Raya (JKR) turun meninjau lokasi kejadian.
Membina Jambatan Dialog Berterusan: Memacu Proses Kemasukan Anmrex dan Merealisasikan Penyelarasan Pematuhan Dua Hala
Building a Normalized Dialogue Bridge: Advancing Anmrex Admission Process and Achieving Two-Way Compliance Alignment
CON-FEST 2026 himpun lebih 300 pengiat industri kreatif global
Jiwa@Komuniti MADANI eratkan hubungan kerajaan dengan masyarakat Endau
Sistem kesihatan awam sedia ada masih relevan, NHI tidak diperlukan
Integrasi rapat klinik kerajaan-swasta tangani beban NCD
©hak cipta2009-2020 Forum Teknologi Malaysia Timur