2024-11-30 HaiPress

Foto RTM
GUA MUSANG,30 November - Lebih 3,000 penduduk melibatkan lapan buah kampung di sekitar mukim Jerek Gua Musang terjejas apabila Jalan Gua Musang-Jeli yang menjadi penghubung utama mereka runtuh akibat mendapan tanah dan tanah runtuh,semalam.
Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Nenggiri Mohd Azmawi Fikri berkata,Jabatan Kerja Raya (JKR) akan melakukan tindakan segera bagi membaiki kerosakan termasuk membina jambatan Bailey.
"Saya telah berhubung dengan pihak jurutera JKR dan hari ni pihak konsensi dan JKR akan masuk dan kita akan tengok sejauh mana keadaam tanah di sini bagi keselamatan pengguna.
"Kita harap perkara ini dapat diselesiakan kerana perkara ini merupakan laluan utama dari Meranto ke Gua Musang dan Jeli," kata Azmawi Fikri.
Sementara itu,menurut penduduk,kejadian tanah runtuh itu dikesan berlaku pada pukul 10.00 pagi semalam sebelum ditutup kepada semua kenderaan sejak pukul 10.00 malam tadi.
Cuaca hujan mengakibatkan hakisan tanah merebak sebelum struktur jalan tersebut retak serta runtuh.
"Jadi saya duduk di Meranto sejak 1993 lagi,memang tidak pernah berlaku. Penduduk terputus hubungan ke sekolah Gua Musang dan saya telah arahkan budak sekolah yang menduduki Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) tahun ini duduk di asrama. Saya minta ibu bapa beri kerjasama," kata Ketua Peneroka RKT Meranto,Mohamed Khalid Sulaiman.
"Agak sukarlah untuk orang kampung menjalankan pekerjaan harian seperti budak sekolah sebab melibatkan kampung Meranto,. Bersekolah di sini jadi inilah laluan utama jadi laluan alternatif agak sukar melibatkan perjalanan agak jauh," kata penduduk kampung,Wan Zahari Wan Harun.
Terdahulu,lokasi kilometer 35 Jalan Gua Musang-Jeli ditutup kepada semua kenderaan sejak pukul 10.00 malam tadi berikutan kejadian mendapatan tanah dikesan berlaku di laluan berkenaan.
Ketua Polis Daerah Gua Musang Superintendan Sik Choon Foo berkata,jalan terbabit terpaksa ditutup kerana dibimbangi berlaku pergerakan air bawah tanah akibat cuaca hujan.
Katanya,pihak JKR telah membuat pemantauan dan penilaian malam tadi dan jalan terbabit ditutup sehingga notis baharu dikeluarkan.
Prasarana bina generasi tenaga mahir pengangkutan awam melalui Program T-GEAR
Isu rumah ibadat perlu ditangani harmoni – KPN
Pendekatan damai mencerminkan kematangan rakyat Malaysia tangani perbezaan
Kos haji kekal: Beri peluang umat Islam tunai haji serta rancang kewangan
ABU DBS 2026 kembali, himpun penggiat industri penyiaran 30 Mac-2 April
PETRA perkukuh kesiapsiagaan banjir menjelang Aidilfitri
©hak cipta2009-2020 Forum Teknologi Malaysia Timur