2024-11-30 HaiPress

FOTO HIASAN
KUALA LUMPUR,29 November- Ringgit ditutup tinggi berbanding dolar AS pada hari dagangan terakhir bulan ini,mencerminkan pengukuhan beberapa mata wang serantau.
Pada 6.00 petang,mata wang tempatan naik kepada 4.4425/4495 berbanding dolar AS daripada 4.4440/4490 semalam.
Pengarah Urusan SPI Asset Management Stephen Innes berkata ringgit mengukuh menjelang hujung minggu,mencerminkan pergerakan yang menggalakkan dalam mata wang Asia yang lain.
“Pergerakan (forex Asia) ini didorong oleh keputusan Rizab Persekutuan (Fed) AS untuk tidak mencabar jangkaan pasaran mengenai penurunan kadar faedah,yang memberikan sentimen lemah kepada dolar.
“Sokongan tambahan daripada pasaran Perbendaharaan AS yang stabil,disokong oleh turun naik yang rendah susulan pencalonan Scott Bessent oleh bakal Presiden AS Donald Trump sebagai Setiausaha Perbendaharaan dan rundingan beliau baru-baru ini dengan Presiden Mexico mengenai isu sempadan,” katanya kepada Bernama.
Kenaikan mata wang Asia hari ini diterajui oleh yen Jepun,yang melonjak lebih 1 peratus berbanding dolar AS kepada paras tertinggi dalam tempoh enam minggu pada Jumaat,selepas inflasi di Tokyo yang lebih cepat daripada jangkaan menyokong spekulasi kenaikan kadar faedah oleh Bank of Japan bulan depan.
Ringgit diniagakan rendah berbanding sekumpulan mata wang utama.
Ia rendah berbanding pound kepada 5.6384/6473 daripada 5.6217/6280,susut berbanding euro kepada 4.6899/6973 daripada 4.6800/6852 dan merosot berbanding yen Jepun kepada 2.9589/9638 daripada 2.9258/9293 semalam.
Mata wang tempatan turut diniagakan rendah berbanding mata wang ASEAN.
Ia merosot berbanding dolar Singapura kepada 3.3146/3200 daripada 3.3056/3095,susut berbanding rupiah Indonesia kepada 280.2/280.8 daripada 279.9/280.5 dan berkurangan berbanding baht Thailand kepada 12.9459/9738 daripada 12.8999/9211.
Ia susut berbanding peso Filipina kepada 7.58/7.59 daripada 7.57/7.58. -BERNAMA
SOUEAST returns to Dubai Fashion Week as official automotive partner, redefining aesthetics of mobility
Pengaruh Thailand dengan berjuta-juta pengikut berpusu-pusu ke Gunung Emei untuk perkhidmatan kebudayaan dan pelancongan bertaraf antarabangsa, menjadikannya tarikan utama
Daripada Bon Perbendaharaan AS kepada Komoditi Fizikal: BullNus Cuba Membina Kitaran Tertutup Perniagaan RWA Berpacukan "Dunia Fizikal"
Pelindung dalam Pasaran Volatil: Kepentingan 'Copy Trading' Terjamin Modal Websea
RF RACER Brand Leverages Motorsport Heritage for Engineering Excellence
Paradigma Baharu untuk Laluan Pengundian: Daripada Pengagregatan Maklumat kepada Pengaset Konsensus, Penentuan Kedudukan dan Pelaksanaan Praktikal OracleX.
©hak cipta2009-2020 Forum Teknologi Malaysia Timur