2024-11-30 HaiPress

Foto RTM
KUALA LUMPUR,29 November - Ekspo Produk E-Dagang Terpilih Malaysia 2024 menyasarkan nilai transaksi mencecah 60 juta ringgit sepanjang tiga hari penganjurannya.
Ekspo yang julung kali diadakan sempena sambutan ulang tahun ke-50 hubungan diplomatik antara Malaysia dan China itu bermula hari ini hingga 1 Disember di Pusat Pameran dan Perdagangan Antarabangsa Malaysia (MITEC).
Pengarah Urusan JMM Holding dan JMM Exhibition yang merupakan hos ekspo,Albert Chan berkata,ekspo berperanan merapatkan hubungan perniagaan dan meningkatkan perdagangan dua hala Malaysia-China.
Pada masa sama,mengukuhkan peranan Malaysia sebagai hab e-dagang serantau di Asean.
"Kami berharap melalui ekspo ini,peniaga dan pengguna tempatan dapat terus berhubung dengan pengeluar China,seterusnya mengukuhkan hubungan perdagangan dua hala," katanya pada pelancaran ekspo berkenaan di ibu negara.
Lebih 200 pempamer tempatan dan China dari pelbagai industri Perusahaan Kecil dan Sederhana (PKS) menyertai acara tersebut,menawarkan antaranya produk penyelesaian tenaga boleh baharu dan teknologi pintar.
Acara itu turut menjangkakan kehadiran lebih 15 ribu pengunjung dan delegasi perniagaan.
Sultan Pahang titah solat hajat di semua masjid, doa jerebu Sarawak pulih
Taska di Sarawak tutup serta-merta jika IPU cecah 200
Sambutan Hari RTM ke-80, Bulan Kebangsaan 2026 di Terengganu meriah
Mansuh AUKU: Mahasiswa mahu kebebasan bersuara seiring tanggungjawab
PM Anwar, isteri hayati seni batik Brunei
Sukan Bendang disertai lebih 2,000 peserta, perkukuh perpaduan
©hak cipta2009-2020 Forum Teknologi Malaysia Timur