2024-11-30 HaiPress

Foto Hiasan
KUALA LUMPUR,30 November- Kadar antara bank jangka pendek dijangka kekal stabil minggu depan,dengan operasi Bank Negara Malaysia (BNM) akan menyerap lebihan mudah tunai daripada sistem kewangan.
Minggu ini,bank pusat menerusi operasi hariannya mengurangkan lebihan dana daripada sistem kewangan dengan menawarkan tender repo berbalik dan tender repo berbalik Islam.
Mudah tunai dalam sistem konvensional berkurang kepada RM28.10 bilion daripada RM34.50 bilion pada akhir minggu lepas.
Dalam sistem Islam pula,mudah tunai meningkat kepada RM24.80 bilion daripada RM18 bilion.
Kadar Semalaman Islam Malaysia (MYOR-i) kekal pada 3.00 peratus setakat 28 November.- BERNAMA
Sultan Pahang titah solat hajat di semua masjid, doa jerebu Sarawak pulih
Taska di Sarawak tutup serta-merta jika IPU cecah 200
Sambutan Hari RTM ke-80, Bulan Kebangsaan 2026 di Terengganu meriah
Mansuh AUKU: Mahasiswa mahu kebebasan bersuara seiring tanggungjawab
PM Anwar, isteri hayati seni batik Brunei
Sukan Bendang disertai lebih 2,000 peserta, perkukuh perpaduan
©hak cipta2009-2020 Forum Teknologi Malaysia Timur