2024-11-30 HaiPress

FOTO HIASAN
KUALA LUMPUR,29 November- Pasaran getah Kuala Lumpur ditutup bercampur-campur pada Jumaat berikutan kebimbangan mengenai gangguan bekalan yang disebabkan oleh hujan dan banjir di negara pengeluar utama,kata peniaga.
Beliau berkata sentimen pasaran turut didorong oleh jangkaan data ekonomi China yang lebih baik dipacu oleh rangsangan fiskal tambahan negara dan kenaikan harga minyak mentah selain peniaga memantau ketidaktentuan ketegangan geopolitik di Asia Barat.
“Bagaimanapun,kenaikan seterusnya dikekang oleh pengukuhan ringgit berbanding dolar AS menjelang data ekonomi China,” katanya kepada Bernama.
Katanya niaga hadapan getah Jepun meningkat pada Jumaat dan dijangka naik minggu ini,disokong oleh data ekonomi yang kukuh daripada pengguna utama China dan harga getah sintetik yang tinggi.
“Dilaporkan selatan Thailand terus mengalami hujan lebat,dengan Jabatan Meteorologi negara itu memberi amaran bahawa hujan lebat akan berterusan di lapan wilayah sehingga 1 Disember,menjadikan situasi lebih teruk berikutan keadaan banjir yang sudah kritikal selepas seminggu hujan tanpa henti.
“Sementara itu,beberapa negeri pengeluar getah di Malaysia dilanda banjir teruk akibat hujan yang berterusan,” katanya.
Lembaga Getah Malaysia (LGM) melaporkan harga Standard Malaysian Rubber 20 (SMR 20) naik 9.5 sen kepada 879 sen sekilogram manakala susu getah pukal merosot 3.5 sen kepada 673.5 sen sekilogram.
Pada 5.00 petang,SMR 20 berada pada 875.5 sen sekilogram dan susu getah pukal sebanyak 672 sen sekilogram. -BERNAMA
Sultan Pahang titah solat hajat di semua masjid, doa jerebu Sarawak pulih
Taska di Sarawak tutup serta-merta jika IPU cecah 200
Sambutan Hari RTM ke-80, Bulan Kebangsaan 2026 di Terengganu meriah
Mansuh AUKU: Mahasiswa mahu kebebasan bersuara seiring tanggungjawab
PM Anwar, isteri hayati seni batik Brunei
Sukan Bendang disertai lebih 2,000 peserta, perkukuh perpaduan
©hak cipta2009-2020 Forum Teknologi Malaysia Timur