2024-11-30 HaiPress

BANK NEGARA MALAYSIA
KUALA LUMPUR,29 November- Kadar antara bank jangka pendek ditutup stabil hari ini berikutan operasi Bank Negara Malaysia (BNM) menyerap lebihan mudah tunai daripada sistem kewangan.
Mudah tunai sistem konvensional meningkat kepada RM28.10 bilion daripada RM26.74 bilion pada sesi pagi,manakala mudah tunai dana Islam kekal pada RM24.80 bilion daripada RM21.22 bilion sebelumnya.
Awal hari ini,bank pusat menawarkan dua tender repo berbalik dan tender repo berbalik Islam.
BNM turut mengumumkan ketersediaan repo berbalik,perjanjian jual dan beli semula dan kemudahan Murabahah Komoditi Bercagar dengan tempoh satu minggu,satu bulan dan tiga bulan.
Bank pusat turut menyemak semula tender semalaman Murabahah daripada RM22.0 bilion kepada RM24.8 bilion.
Pada 4.00 petang,BNM menawarkan tender pasaran wang konvensional RM28.10 bilion dan tender pasaran wang Murabahah RM24.80 bilion,kedua-duanya dengan tempoh matang tiga hari.
Kadar Semalaman Islam Malaysia (MYOR-i) kekal 3.00 peratus pada 28 November. -BERNAMA
Sultan Pahang titah solat hajat di semua masjid, doa jerebu Sarawak pulih
Taska di Sarawak tutup serta-merta jika IPU cecah 200
Sambutan Hari RTM ke-80, Bulan Kebangsaan 2026 di Terengganu meriah
Mansuh AUKU: Mahasiswa mahu kebebasan bersuara seiring tanggungjawab
PM Anwar, isteri hayati seni batik Brunei
Sukan Bendang disertai lebih 2,000 peserta, perkukuh perpaduan
©hak cipta2009-2020 Forum Teknologi Malaysia Timur