2024-12-01 HaiPress

Pahang negeri terbaharu dilanda banjir
KUANTAN,1 Disember- Pahang menjadi negeri terbaharu dilanda banjir apabila 21 pusat pemindahan sementara (PPS) dibuka di daerah Raub dan Lipis.
Seramai 714 penduduk terjejas daripada 248 keluarga ditempatkan di PPS,setakat pukul 12.00 tengah hari.
Menurut Info Bencana Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM),di daerah Raub,Balairaya Kampung Durian Sebatang menempatkan seramai 36 penduduk terjejas,Dewan Orang Ramai Kampung Tok Machang (98 orang),Masjid Kampung Pintu Padang (151 orang) dan Pusat Kegiatan KEMAS Gali menempatkan seramai 35 orang.
Dalam pada itu,seramai 87 orang ditempatkan di Balairaya Kampung Ulu Jelu,seramai 32 orang di Dewan Serbaguna Kampung Pia (37 orang) di SK Muhammad Jabar dan di Dewan Lechar (110) orang dipindahkan serta 10 orang di Balairaya Kampung Kuala Keloi.
Manakala,Balairaya Kampung Bukit Pampong menempatkan seramai 21 orang,Balairaya Kampung Perus (62 orang) dan 32 orang di Balairaya Kampung Pamah Rawas.
Sementara itu,sebuah PPS dibuka di daerah Lipis dengan menempatkan tiga orang penduduk di SK Jerangsang.
Dalam pada itu,lapan lagi PPS di daerah Raub telah dibuka sebagai persediaan pemindahan penduduk terjejas banjir.
Empat langkah tangani krisis air sawah Perak Tengah
KPT sokong inisiatif MAHSA, Micro-Credential jadi pemangkin ‘upskilling’
AS digesa tarik balik tekanan terhadap Malaysia
Peruntukan pertahanan meningkat 35 peratus, tertinggi dalam sejarah
Karnival Masjid Negara 2026 perkasa masjid sebagai pusat komuniti
SK Bukit Pantai terima blok baharu ganti bangunan rosak akibat anai-anai
©hak cipta2009-2020 Forum Teknologi Malaysia Timur