2024-12-01 HaiPress

Prof. Dr. Mohd Nazri Kama
KUALA LUMPUR,1 Disember- Data peribadi perlu dilindungi bukan sahaja individu,malahorganisasi memproses data peribadi perlu ada kesedaran dan tanggungjawab dalam menjaga data tersebut.
Ketua Pengarah Jabatan Perlindungan Data Peribadi yang juga Pesuruhjaya Perlindungan Data Peribadi Malaysia Prof. Dr. Mohd Nazri Kama berkata kesedaran dalam melindungi data peribadi adalah penting bagi mengelakkan ia dikongsi kepada mana-mana pihak termasuk pihak ketiga tanpa kebenaran.
"Kita cuba beri kesedaran kepada rakyat Malaysia bahawa apa itu maklumat peribadi. Bagaimana kita mengawal selia maklumat peribadi,bukan saja rakyat Malaysia juga kepada organisasi yang memproses data peribadi.
"Akta kita ini memberi kuasa kepada pesuruhjaya untuk mengawal selia dari dua perspektif pertama iaitu dari perspektif rakyat Malaysia dan kedua dari perspektif syarikat ataupun organisasi yang memproses data peribadi," katanya.
Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas menjadi tetamu dalam Program Selamat Pagi Malaysia,di Angkasapuri Kota Media di sini.
Bagaimanapun sekiranya terdapat kebocoran data peribadi,individu berkenaan boleh menghantar aduan kepada laman sesawang daftar.pdp.gov.my.
Membina Jambatan Dialog Berterusan: Memacu Proses Kemasukan Anmrex dan Merealisasikan Penyelarasan Pematuhan Dua Hala
Building a Normalized Dialogue Bridge: Advancing Anmrex Admission Process and Achieving Two-Way Compliance Alignment
CON-FEST 2026 himpun lebih 300 pengiat industri kreatif global
Jiwa@Komuniti MADANI eratkan hubungan kerajaan dengan masyarakat Endau
Sistem kesihatan awam sedia ada masih relevan, NHI tidak diperlukan
Integrasi rapat klinik kerajaan-swasta tangani beban NCD
©hak cipta2009-2020 Forum Teknologi Malaysia Timur