2024-12-01 HaiPress

Foto hiasan
LANGKAWI,1 Disember- Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia (LKIM) memperuntukkan sebanyak RM45,000 kepada Persatuan Nelayan Kawasan Langkawi dengan menerima bantuan peralatan penangkapan ikan iaitu Tong Ikan (50L) dan pukat (8 banih).
Selain peruntukan berjumlah RM50,000 bagi baik pulih bangsal nelayan Telur Bujur di Pulau Tuba,Langkawi.
Pengerusi LKIM,Muhammad Faiz Fadzil berkata,LKIM melaksanakan program peningkatan insentif atau bantuan peralatan penangkapan ikan (touch point) bagi membantu meningkatkan pendapatan nelayan B40.
Ia sekali gus ke arah peningkatan produktiviti sektor perikanan dan peningkatan taraf dan kualiti hidup.
"Semua ini kita lakukan untuk memberi sokongan kepada nelayan untuk terus aktif dalam kerja mencari dan menangkap ikan kerana rakyat Malaysia bergantung kepada nelayan untuk mendapat bekalan tersebut," katanya.
Beliau berkata demikian ketika ditemui pemberita pada Majlis Ramah Mesra Madani bersama Nelayan Langkawi di sini.
Dalam pada itu,Muhammad Faiz berkata LKIM turut menyediakan peruntukan sebanyak RM200,000 berbentuk bakul makanan untuk disalurkan kepada penduduk terjejas banjir di beberapa negeri ketika ini.
Selain itu Bilik Gerakan Bencana di kawasan nelayan seluruh negeri turut dibuka bagi membantu penduduk terjejas banjir.
Empat langkah tangani krisis air sawah Perak Tengah
KPT sokong inisiatif MAHSA, Micro-Credential jadi pemangkin ‘upskilling’
AS digesa tarik balik tekanan terhadap Malaysia
Peruntukan pertahanan meningkat 35 peratus, tertinggi dalam sejarah
Karnival Masjid Negara 2026 perkasa masjid sebagai pusat komuniti
SK Bukit Pantai terima blok baharu ganti bangunan rosak akibat anai-anai
©hak cipta2009-2020 Forum Teknologi Malaysia Timur