2024-12-01 HaiPress

Perdana Menteri,Datuk Seri Anwar Ibrahim/ BERNAMA
SETIU,1 Disember- Peruntukan tambahan segera berjumlah RM25 juta disalurkan kepada setiap negeri terjejas banjir iaitu Terengganu dan Kelantan.
Pengumuman dibuat oleh Perdana Menteri,Datuk Seri Anwar Ibrahim selepas meninjau situasi banjir di Terengganu.
Menurut Datuk Seri Anwar,peruntukan yang disalurkan menerusi Unit Penyelarasan Pelaksanaan (ICU) Jabatan Perdana Menteri itu akan digunakan untuk memperbaiki infrastruktur asas. Antaranya,jalan dan pembentung termasuk menaikkan aras jalan di Hulu Besut.
"Dari segi Kerajaan Persekutuan,kita akan beri seluruh kerjasama bantuan yang penuh. Untuk Kelantan dan Terengganu seperti yang kita umumkan RM50 juta telah diputuskan untuk disalurkan. Kemudian,saya dapat maklumat lagi tentang keperluan-keperluan mutakhir ini.
"Selain RM50 juta itu tambahan,kerana nampak jumlah yang terkesan itu jauh lebih besar daripada ujuran awal. Jadi,kita tambah lagi RM25 juta yang saya umum hari ini menjadi RM75 juta",katanya.
Selain itu,beliau turut memaklumkan Kerajaan Persekutuan bersetuju Bantuan Khas Kewangan berjumlah RM500 kepada setiap Penjawat Awam Negeri Terengganu.
Ia melibatkan seramai lebih 14,000 penjawat awam negeri dengan peruntukan keseluruhan akan disalurkan kepada kerajaan negeri berjumlah RM7.4 juta.
Terdahulu,Datuk Seri Anwar tiba di Pusat Pemindahan Sementara Sekolah Menengah Kebangsaan Telaga Papan,Setiu untuk menyantuni 269 penduduk terjejas di PPS berkenaan.
Mengulas lanjut beliau berkata,tiada keperluan untuk pengisytiharan darurat bagi situasi banjir luar biasa kali ini,memandangkan semua agensi penyelamat masih mampu menangani situasi itu dengan baik.
Membina Jambatan Dialog Berterusan: Memacu Proses Kemasukan Anmrex dan Merealisasikan Penyelarasan Pematuhan Dua Hala
Building a Normalized Dialogue Bridge: Advancing Anmrex Admission Process and Achieving Two-Way Compliance Alignment
CON-FEST 2026 himpun lebih 300 pengiat industri kreatif global
Jiwa@Komuniti MADANI eratkan hubungan kerajaan dengan masyarakat Endau
Sistem kesihatan awam sedia ada masih relevan, NHI tidak diperlukan
Integrasi rapat klinik kerajaan-swasta tangani beban NCD
©hak cipta2009-2020 Forum Teknologi Malaysia Timur